Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 7pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (11 Dis)

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PEJABAT

CoPlace 2, Cyberjaya

Pengurusan bangunan mengesahkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa kakitangan salah seorang penyewa mereka diuji positif Covid-19.

Semua pekerja penyewa lain telah menjalani ujian calitan dan diarah kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pembasmian kuman dilakukan di kawasan tersebut pada 7 Disember.


KEDIAMAN

  • Sentrio Pandan, Kuala Lumpur

Dalam notis bertarikh 11 Disember, pihak pengurusan memaklumkan bahawa seorang penduduk positif Covid-19.

Pembersihan telah dilakukan di semua kawasan umum sementara kemudahan awam akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Residensi ARC, Taman Daya, Johor Bahru

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 10 Disember bahawa seorang penduduk positif Covid-19 di Tingkat 32, Blok A.

Penduduk itu sebelum ini mempunyai kontak rapat dengan individu lain yang didapati positif.

Semua kawasan umum akan dibersihkan.

PPAM Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan bahawa seorang penduduk di perumahan penjawat awam di sini didapati positif Covid-19 pada 10 Disember. Pesakit itu telah dimasukkan ke hospital dan kerja pembersihan dilakukan di apartmen.

  • Damansara Mas Apartment, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengatakan dalam notis bertarikh 9 Disember bahawa seorang penduduk di Blok B telah menunjukkan positif Covid-19.

Anggota keluarga pesakit akan dikuarantin selama 14 hari, sementara kerja pembersihan dilakukan di apartmen pada 9 Disember.

  • First Residence Apartment, Kepong Baru, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengatakan dalam notis bertarikh 9 Disember bahawa seorang penduduk di Blok B Tingkat 8 positif Covid-19.

Anggota keluarga pesakit akan dikuarantin selama 14 hari dan kerja pembersihan dilakukan pada 6 Disember.

  • Terraza @ Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor

Pengurusan perbandaran Terraza menyampaikan mesej bahawa dua penduduk dari rumah yang sama positif Covid-19.

Kes pertama diuji positif pada 25 November, sementara kes kedua dikesan semalam.

  • Residensi Rampai, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan kondominium semalam memberitahu bahawa seorang penduduk positif. Kerja pembasmian kuman telah dijalankan.

  • Pelbagai kawasan di Kulai, Johor

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, beberapa lokasi telah melaporkan kes Covid-19, iaitu Taman Scientex Kelapa Sawit di Sendenak, Taman Saga, dan Taman Cantik di Senai, Taman Tropika, Taman Pulai Emas, Taman Aman, Jaya Sepakat, Batu 19 , dan Taman Sri Pulai di Kulai, dan Sena, serta Kemboja di Indahpura.


BANGUNAN KERAJAAN

Ibu pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Kuala Lumpur

Seorang pekerja HRDF positif Covid-19. HRDF mengatakan ibu pejabat mereka akan ditutup selama satu minggu mulai 11 Disember untuk kerja pembersihan.

Semua pekerja HRDF juga akan menjalani ujian calitan.

[Senarai ini akan dikemas kini]


Lihat Komen
ADS