Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.54pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (30 Nov)
Diterbitkan:  Nov 30, 2020 4:21 PM
Dikemaskini: 3:05 PM

Senarai terdahulu: 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 21 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Lokasi yang ditambah: Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, GM Klang Wholesale City dan Uncle Don's Solaris Dutamas. 

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh mengesahkan seorang daripada anggotanya dikesan positif Covid-19.

Pengarahnya Azmi Osman berkata anggota yang dijangkiti itu berusia 30-an dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Sebelah lagi anggota bomba yang ada dalam pasukan sama dengan anggota berkenaan sudah disaring dan sedang menjalani kuarantin di rumah.


PEJABAT

  • Soho Suites KLCC, Kuala Lumpur

Pengurusan dalam notis bertarikh 29 Nov mengesahkan seorang pekerja dijangkiti Covid-19.

Kerja pembersihan telah dibuat di kawasan terlibat.

  • Wisma AmFirst Petaling Jaya, Selangor

Ambank Group dalam kenyataan di Facebook memaklumkan tiga pekerja di Aras 14 Menara 1 wisma itu disahkan positif.

Berdasarkan pengesanan kontak peringkat awal, tiga kes itu tidak saling berkait.

Kerja pembersihan telah dibuat di aras terlibat. Pekerja di aras itu pula diarahkan menjalani kuarantin dan saringan.

  • Menara Axiata, KL Sentral

Pengurusan bangunan mengesahkan seorang pekerja kepada sebuah syarikat yang menyewa di situ disahkan positif pada 28 Nov.

Pekerja itu masuk pejabat setiap hari seminggu sebelumnya, kata pengurusan. Dia sedang menjalani rawatan.

Kerja pembersihan dibuat di kawasan awam, semua lif dan lobi utama, pada 30 Nov.


KEDUTAAN

  • Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur

Pejabat kedutaan ditutup bermula hari ini hingga 4 Dis selepas beberapa kakitangan dijangkiti wabak itu.

Semua kakitangan telah menjalani ujian swab dan diarahkan untuk bekerja di rumah.


PERNIAGAAN

  • GM Klang Wholesale City, Klang, Selangor

Pusat beli-belah itu mengumumkan di Facebook, bekas pekerja sambilan kedai Viki Crystal yang ada dalam bangunan itu dikesan positif. Kali terakhir dia hadir untuk bekerja ialah pada 24 Nov.

Kata GM Klang hal itu dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah Klang tengah hari tadi.

Kedai-kedai lain di pusat beli-belah itu terus beroperasi seperti biasa, manakala premis yang terjejas ditutup serta-merta untuk membolehkan proses mengesan kontak dan kuarantin.

  • Uncle Don's di Solaris Dutamas-Publika

Dua kakitangan restoran ini disahkan positif selepas semua pekerja menjalani ujian saringan ekoran ada satu kluster dikesan di SS2 Petaling Jaya.

Semua pekerja di situ sudah disaring dan dikuarantin, manakala premis berkenaan ditutup untuk proses nyah kuman.

Pelanggan yang mengalami sebarang simptom Covid-19 selepas berkunjung ke restoran itu antara 20 Nov hingga 27 Nov dinasihat agar menjalani ujian saringan.

  • IMKL, Setapak, Kuala Lumpur

Sekolah memandu itu mengumumkan salah seorang pelanggannya positif pada 26 Nov.

Sebagai langkah pencegahan, sekolah ditutup pada 29 dan 30 Nov untuk kerja pembersihan dan nyahkuman.

Ia turut mengumumkan pembatalan semua kelas memandu.

  • Maybank Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor

Pihak bank dalam notisnya berkata seorang pekerja cawangan ini menjadi kontak rapat kepada seorang individu dalam penyiasatan (PUI).

Ia turut menegaskan kontak tidak berlaku di premisnya.

Sebagai langkah pencegahan, cawagan itu ditutup bermula 26 Nov sehingga diumumkan kelak, untuk kerja pembersihan dan nyahkuman.


PETEMPATAN

  • Kondominium Villa Emas, Pulau Pinang

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 29 Nov yang seorang penduduk telah dijangkiti.

Kerja pembersihan telah dibuat di semua lif, pintu dan resepsi, katanya.

Lihat Komen
ADS