Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 11.20 pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (5 Dis)
Diterbitkan:  Dec 5, 2020 9:33 AM
Dikemaskini: Dec 7, 2020 2:55 PM

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN 

  • Syarikat pengangkutan di Taman Persiaran Bangi, Selangor

Dua video menunjukkan sekumpulan pekerja warga asing diiring kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia berpakaian lengkap PPE tular sejak semalam.

Mereka dikatakan pekerja sebuah syarikat pengangkutan yang beroperasi di Taman Persiaran Bangi dan sekurang-kurangnya 90 daripada mereka disahkan positif.

Semalam juga Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan ada 90 kes positif membabitkan satu tempat kerja di Bangi namun dia tidak menamakan syarikat tersebut.

Kata Noor Hisham ia adalah sebahagian daripada kluster Hentian yang merekodkan 1,836 kes positif setakat tengah hari semalam.


PETEMPATAN

  • First Residence, Kepong, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan dalam satu kenyataan mengatakan bahawa terdapat satu kes positif di kompleks pangsapuri ini.

Kerja pembersihan akan dijalankan.

  • Kampung Melayu, Sedenak, Kulai, Johor

Pegawai kesihatan daerah Kulai melaporkan bahawa terdapat empat kes Covid-19 di Kampung Melayu, Sedenak.

  • Lakepark Residence, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan memberitahu pada 3 Dis, seorang penghuni di blok B didapati positif Covid-19.

Menurut laporan China Press, individu terbabit sudah dimasukkan ke hospital manakala langkah pencegahan diambil termasuk dengan menyah kuman kawasan awam seperti lif, tingkat bawah dan pondok pengawal untuk blok A dan B.

  • Kondominium Idaman Putera, Kuala Lumpur

Seorang penghuni membuat hantaran di Facebook mendakwa kira-kira 1,100 penduduk di situ menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini.

Katanya ujian itu dibuat selepas beberapa pekerja warga asing yang tinggal di situ didapati positif dan didakwa berkait dengan kluster Jernai.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Passion Fit, The Linc, Kuala Lumpur

Pusat gimnasium di The Linc KL, pada notis kepada ahlinya, berkata salah seorang anggotanya telah diuji positif Covid-19.

Dikatakan ahli pusat gimnasium itu kali terakhir mengunjungi PassionFit pada 2 Disember dan pada 3 Disember memaklumkan dia mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Ujian pada 4 Disember mengesahkan ahli tersebut dijangkiti Covid-19.

Oleh itu, pihak gimnasium mengatakan premis itu akan ditutup sehingga pemberitahuan lebih lanjut mengenai kerja pembasmian kuman.

Gimnasium itu juga memaklumkan pihaknya juga sedang menghubungi semua ahli yang mengikuti kelas yang sama dengan anggota yang dijangkiti untuk langkah-langkah kuarantin diri.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Pasir Puteh Kelantan.

Sekolah agama ini akan ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini hingga 20 Disember 2020, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan lonjakan kes Covid-19 di sana.

Ismail memberitahu sidang media bahawa 20 kes positif telah dikesan di sekolah itu sehingga 3 Disember

[Senarai akan dikemas kini]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS