Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.32PM | Lokasi kes Covid-19 hari ini (7 Dis)

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

PERNIAGAAN

- Kedai ECO, Selayang, Selangor

Kedai ini ditutup sementara untuk kerja pembasmian kuman setelah pekerja kedai berkenaan, berhampiran Ideal Convention Center (IDC) positif Covid-19.

Pekerja itu kali terakhir bertugas di kedai itu pada Sabtu, 5 Dis.

Semua pekerja lain yang mempunyai kotak rapat telah menjalani ujian saringan Covid-19.


  • Angsana JB Mall, Johor Bahru

Pengurusan pusat beli-belah ini mengesahkan dalam notisnya bahawa terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan di pusat beli-belah tersebut.

Menurut notis tersebut, Kementerian Kesihatan mengarahkan pusat beli-belah itu ditutup sehingga 14 Disember.

Kawasan umum pusat membeli-belah dan premis yang terjejas telah dibersihkan tiga kali pada 2, 4 dan 7 Dis.

Pusat beli-belah ini akan terus beroperasi seperti biasa berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


KEDIAMAN

  • Pangsapuri Seri Kasturi, Shah Alam

Pihak pengurusan dalam notis bertarikh 7 Dis memaklumkan dua penduduk di Blok 4 positif Covid-19. 

Kementerian Kesihatan sudah melakukan penjejakan kontak. Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi juga telah dilakukan di kawasan sekitar yang terjejas.

  • Kondominium PV10 Platinum Lake, Setapak, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Tingkat 12, Blok A positif Covid-19 pada 5 Disember.

Pihak pengurusan telah melantik syarikat pembersihan profesional untuk membasmi kuman Tingkat 12, Blok A dan kawasan umum lain.

- Kondominium PV12 Platinum Lake, Setapak, Kuala Lumpur

Empat pekerja pembersihan dan seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sini didapati positif, kata pihak pengurusan dalam notis pada 5 Disember.

Selain itu, dua penduduk di kondominium ini juga positif.

Pihak pengurusan sedang membersihkan lobi dari aras bawah ke Tingkat 4, lif, bilik keselamatan dan kaunter keselamatan untuk Blok A dan B.

  • Azelia Residence, Sri Damansara, Kuala Lumpur

Seorang penduduk positif pada 3 Disember, kata pihak pengurusan dalam notis.

Sebuah syarikat pembersih profesional membasmi kuman di kawasan umum semalam.

Penduduk tidak digalakkan menerima pengunjung sementara kontraktor untuk kerja pembaikan yang memerlukan perhatian segera dibenarkan memasuki bangunan.

  • V Residensi 2, Shah Alam, Selangor

Seorang penduduk di Tingkat 7, Blok A1 telah positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis pada 4 Disember.

Pembasmian kuman akan dilakukan di seluruh kawasan, katanya.

Lihat Komen
ADS