Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.57pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (4 Dis)

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 DIs | 3 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PREMIS PERNIAGAAN

  • Soho Suites KLCC, Jalan Perak, Kuala Lumpur

Dua pegawai keselamatan yang bekerja di sini positif Covid-19.

Pembasmian kuman sedang dijalankan, kata pihak pengurusan dalam notis hari ini.

Ini adalah kes ketiga yang diumumkan di tempat ini dalam seminggu yang lalu.

Sebelumnya, pihak pengurusan mengatakan seorang pekerja pejabat di Blok B Soho Suites KLCC diuji positif Covid-19.

  • Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Shah Alam, Selangor

Seorang kakitangan di tingkat bawah bangunan ini positif Covid-19.

Kes itu dikesan melalui pemeriksaan kontak rapat, oleh Jabatan Kesihatan Kuala Langat.

Individu itu dipercayai dijangkiti selepas kontak rapat dengan ahli keluarganya, yang positif pada 28 November.

Seramai 23 orang kakitangan lain dianggap sebagai konta rapat dan telah diuji. Mereka kini sedang menjalani kuarantin.

Semua kakitangan lain di tingkat yang sama juga diberitahu untuk dikuarantin sementara pembasmian kuman dijalankan sehingga 9 Disember.

  • Angsana JB Mall, Johor Bahru, Johor

Sekurang-kurangnya satu kes positif Covid-19 dikesan di pusat beli-belah di Johor Bahru ini.

Menurut seorang ahli perniagaan yang mengendalikan sebuah kedai di sana, seorang ahli keluarga yang menjalankan perniagaan minuman di pusat beli-belah itu diuji positif dan anggota keluarga mereka yang lain diperintahkan untuk menjalani ujian calitan hari ini.

Individu positif itu dikatakan kali terakhir datang ke pusat beli-belah berkenaan pada hari Ahad (29 Nov).

Malaysiakini menghubungi ahli pengurusan kanan Angsana JB Mall tetapi dia enggan mengulas.

  • Combi-Pack Sdn Bhd, Seremban, Negeri Sembilan

Malaysiakini mendapat pengesahan dengan syarikat itu bahawa beberapa pekerjanya diuji positif Covid-19 baru-baru ini.

Individu positif itu sebahagian daripada Kluster Jalan Haruan yang diumumkan kepada orang ramai oleh Kementerian Kesihatan pada 27 Nov 2020.

Namun, menurut seorang eksekutif syarikat yang bercakap dengan Malaysiakini, tidak dapat dipastikan jika semua yang didapati positif di dalam kluster tersebut adalah pekerja Combi-Pack, kerana pihak berkuasa juga melakukan pengesanan di beberapa syarikat lain di sepanjang Jalan Haruan.

Sehingga tengah hari semalam (3 Dis), kluster ini telah mencatatkan sejumlah 184 kes positif, dengan 395 orang telah diuji setakat ini.

Combi-Pack ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pulau Pinang

Anggota kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai didapati positif Covid-19 pada 2 Disember, lapor Oriental Daily.

Beberapa jabatan termasuk pejabat jabatan landskap di bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai akan ditutup untuk pembasmian kuman.

Datuk Bandar Rozali Mohamud berkata pekerja itu terakhir bekerja pada 25 Nov.


KEDIAMAN

  • Pangsapuri Jalil Damai, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Dua penghuni dari satu unit di tingkat 8 Blok C dan seorang penduduk dari satu unit di tingkat 15 Blok A masing-masing disahkan positif pada 28 dan 29 Nov, kata badan pengurusan.

Salah seorang penduduk Blok C yang dijangkiti mengunjungi pejabat pengurusan pada 20 November, katanya.

Sehubungan itu pejabat berkenaan ditutup dari 30 Nov hingga 2 Dis untuk membolehkan kakitangan menjalani pemeriksaan.

Pembasmian kuman telah dilakukan sementara penduduk tidak lagi dibenarkan menggunakan gazebo, taman permainan dan kerusi santai di kawasan kolam renang.

Soho Suites KLCC, Jalan Perak, Kuala Lumpur

Dua pegawai keselamatan yang bekerja di sini positif Covid-19.

Pembasmian kuman sedang dijalankan, kata pihak pengurusan dalam notis hari ini.

Ini adalah kes ketiga yang diumumkan di tempat ini dalam seminggu yang lalu.

Sebelum ini, pihak pengurusan berkata seorang pekerja pejabat di Blok B Soho Suites KLCC diuji positif Covid-19.

  • Pangsapuri Sri Mutiara, Putra Heights, Selangor

Tiga individu yang tinggal di unit yang berlainan di pangsapuri ini telah dinyatakan positif Covid-19 antara 29 Nov dan 1 Disember 2020, menurut notis oleh persatuan penduduk.

Notis itu menyatakan bahawa individu-individu tersebut mempunyai tempat kerja yang sama, iaitu kilang makanan di Shah Alam.

Malaysiakini telah menghantar permintaan untuk mendapatkan ulasan daripada syarikat itu.

Anggota majlis Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) Mohd Tarmizi Lazim, yang bertugas di kawasan Putra Heights, mengesahkan notis itu.

Menurutnya, semua individu yang terjejas telah dibawa ke hospital, dan kerja pembersihan dilakukan di lokasi. Keluarga juga telah diberi bantuan.

[Senarai ini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS