Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 7.44pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (1 Dis)

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

  • Lokasi yang terkini ditambah:  Residensi Vogue 1, Kuala Lumpur

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Pasir Mas

Seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor di IPD Tanah Merah dan suaminya - juga anggota polis bertugas di IPD Pasir Mas - dikesan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat.

Katanya pegawai wanita itu berusia 33 tahun dan bertugas di bahagian pelesenan manakala suaminya, 34, di bahagian pengangkutan.

Mereka dipercayai dijangkiti Covid-19 selepas berlaku kontak rapat dengan pengasuh anak mereka yang positif sebelum ini.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kampus Pagoh dan Parit Raja, Johor

Kedua-dua kampus terbabit ditutup sehingga 5 Dis untuk proses nyah kuman sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes positif dalam kalangan komuniti setempat.

Naib canselornya Dr Wahid Razzaly berkata beberapa orang yang dijangkiti Covid-19 dipercayai melawat kampus berkenaan baru-baru ini.

Kampus Parit Raja terletak di daerah Batu Pahat yang kini berstatus zon merah dengan 161 kes aktif, manakala kampus Pagoh di Muar yang sekarang zon hijau dengan tiga kes aktif.


PETEMPATAN

  • Residensi Vogue 1, Kuala Lumpur

Badan pengurusan bersama kediaman berkenaan hari ini menyatakan bahawa satu kes Covid-19 telah dilaporkan kepada pihak pengurusan pagi ini.

Bangunan ini ditutup untuk pembersihan dan penduduk disarankan untuk tinggal di rumah sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

Pelawat, pekerja pembersihan, atau kontraktor tidak dibenarkan memasuki bangunan untuk sementara waktu.

  • Taman Tun Abdul Razak di Ampang, Selangor

Dua orang dari sebuah rumah di Jalan 15 yang menjalani ujian saringan baru-baru ini dimaklumkan positif.

Hal itu diumumkan persatuan penduduk di taman terbabit hari ini.

Apartmen Dahlia, Taman Setapak Jaya Baru di Kuala Lumpur

Ia membabitkan seorang penghuni di tingkat 4 blok B. Ekoran itu semua kawasan awam di petempatan terbabit dilakukan proses sanitasi.

  • Pangsapuri Makmur di Bandar Sri Subang, Selangor

Seorang penghuni blob B disahkan positif pada Nov 27.

Dalam notis kepada penduduk pangsapuri iu semalam, pihak pengurusan berkata semua kawasan awam termauk laluan masuk blok lain sudah dinyah kuman.

  • Kondominium Idaman, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan seorang penghuni dikesan positif. Dalam notis bertarikh 1 Dis mereka juga mengesahkan keluarga pesakit terbabit akan menjalani ujian calitan.

Semua kawasan awam di situ juga akan disanitasi.

  • Kondominium OG Heights, Kuala Lumpur

Melalui notis bertarikh 30 Nov pihak pengurusan berkata seorang penghuni di Menara Jade disahkan positif Covid-19. Dia bagaimanapun sudah dimasukkan ke hospital.

Ahli keluarga individu berkenaan pula sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan.

Sanitasi juga dijalankan di semua kawasan awam, tingkat yang terjejas serta pondok pengawal.

  • Villa Wangsamas di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan berkata ada empat kes positif di kesan di petempatan berkenaan.

Proses sanitasi kemudian dilakukan ke atas semua ruang awam termasuk lif dan pemegang/tombol pintu.

  • Kondominium Sri Kenny, Kuala Lumpur

Pengurusan kediaman terbabit mengesahkan ada satu kes positif dikesan. Justeru semua ruang awam dilakukan proses nyah kuman.


PEJABAT

  • Prima Avenue, Petaling Jaya

Seorang pekerja di tingkat 8 menara B disahkan positif danb semua kawasan awam dinasinati

Sementara itu Menara B akan ditutup kepada semua selama dua hari mulai 1 Dis.


PERNIAGAAN

  • Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd

Syarikat itu menangguhkan sementara pembelian produk satu daripada pengilang kontraknya ekoran ada kes positif dikesan dalam kalangan pekerja.

Dalam satu kenyataan hari ini Gardenia memberi jaminan semua langkah berjaga-jaga sudah diambil bagi memastikan produk mereka kekal selamat dan akan terus bertindak begitu untuk keselamatan kakitangan, pengguna dan orang ramai.

Pada masa sama, kata Gardenia, pengilang kontrak lain serta loji mereka sendiri masih beroperasi seperti biasa mengikut piawaian keselamatan makanan antarabangsa.

  • Hartalega Holdings Bhd, Kuala Lumpur

Kata syarikat itu dua pekerjanya dikesan positif masing-masing pada Okt dan Nov.

Pekerja pertama sudah sembuh dan kembali bekerja, manakala pekerja kedua dijangkiti selepas berlaku kontak rapat dengan seseorang sewaktu di luar kerja.

Kata Hartalega kepada Malaysiakini, kedua-dua pekerja mereka tidak menyebabkan jangkitan kepada pekerja lain.

Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu memberitahu mereka melakukan ujian RT-PCT ke atas 1,500 kakitangan mereka antara tempoh Mac hingga Nov.

Setakat ini, kata Hartalega, hanya dua kes dikesan dan ia membabitkan pekerja tempatan.

Kata Hartalega, individu yang positif terbabit dijangkiti di luar premis syarikat itu dan tidak menjangkiti mana-mana pekerja lain.

"Ketika Hartalega terus menghasilkan sarung tangan nitril berkualiti tinggi untuk melindungi pengamal perubatan yang berada di garis depan dalam wabak ini, kami bertekad untuk mematuhi langkah-langkah ketat untuk melindungi pekerja kami dan juga komuniti tempat kami beroperasi," kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Lihat Komen
ADS