Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes Covid-19 hari ini ( 3 Dis)
Diterbitkan:  Dec 3, 2020 11:55 PM
Dikemaskini: 3:56 PM

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 DIs

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor

Seorang inspektor polis yang bertugas di IPD ini telah diuji positif Covid-19.

Seramai 111 orang kontak rapat inspektor telah diletakkan bawah perintah kuarantin di rumah sejak 30 Nov, maklum Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mereka termasuk 36 pegawai polis, 71 anggota polis lain, seorang penjawat awam dan tiga anggota keluarga pemeriksa, lapor Bernama.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Fortune Square 1, Kepong, Kuala Lumpur

Seorang juruteknik kontraktor yang telah menjalankan kerja di Fortune Square 1, yang terletak di Taman Usahawan Kepong, didapati positif Covid-19 pada hari Sabtu yang lalu (pada 28 Nov).

Berikutan itu, pihak pengurusannya telah melakukan kerja-kerja pembasmian kuman di semua kawasan yang mungkin tercemar untuk mencegah penularan virus lebih lanjut.

Perniagaan di sana tetap terbuka.


KEDIAMAN

  • Fortune Avenue, Kepong, Kuala Lumpur

Badan pengurusan Fortune Avenue Block A dan B mengeluarkan notis semalam bahawa salah seorang penghuninya positif Covid-19.

Ketika dihubungi hari ini, seorang jurucakap mengesahkan kes itu, berkata ia melibatkan seorang wanita yang memiliki salah satu unit di Blok B. Dia didapati positif semalam.

Pihak pengurusan mengatakan mereka akan melakukan aktiviti pembersihan untuk membersihkan premis yang terletak di Taman Usahawan Kepong, hari ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS