
- LifetimeACTIVEINACTIVEEXPIRED
- Registered on:Renews on:Expires on:ACTIVEINACTIVEEXPIRED
- Subscribe
- Renew
- Extend Subscription
- Settings
- Contact Support
- Sign Out


Penulis AMAN RAIS mengenengahkan senario menarik mengenai siapakah yang layak memimpin pergerakan Pemuda Umno Malaysia - Hishamuddin Hussein, Dr Khir Toyo ataupun Aziz Sheikh Fadzir!

Rakyat akan berdepan dengan perang saraf politik hinggalah menjelangnya pilihanraya umum akan datang. Menurut AMAN RAIS, mereka akan dimomokkan dengan pelbagai isu dan spekulasi, seperti tersebarkan berita Mohd Ezam Mohd Noor akan sertai Umno.


Umno nampak bersatu padu. Bagaimana kalau Pak Lah membuat kejutan, memilih timbalannya dari kalangan yang di luar hiraki naib presiden Umno? Apakah ketenangan dan kedamaian dalam akan berpanjangan.


Pendedahan Datuk M Kayveas telah menggegarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Tetapi siasatan mengenai soal penyelewengan dan rasuah, tidak seharusnya terhenti di MPAJ sahaja. Ia perlu disasarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di semua negeri.


Majlis perkahwinan Puteri Reformasi, Nurul Izzah selamat dilangsung pada 9-11 Mei lalu. Namun, mengapa ada aktivis reformasi yang merasakan diri mereka terpinggir dari majlis itu. AMAN RAIS cuba menelah puncanya.


Apakah tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melengah-lengahkan pengumuman mengenai calon timbalannya selepas mengambil alih kuasa dari Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Oktober ini akan membawa padah kepada dirinya? AMAN RAIS menganalisa kemungkinan ini.




Gerakan reformasi kini menunggu kebebasan untuk Anwar bulan depan. Bagaimanapun, AMAN RAIS menggelengkan kepala: sia-sia sahaja usaha mereka, kerana tidakkah mereka sedar siapakah Anwar?



Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, kalau mahu menyusun semula parti dan memberi peluang kepada pemimpin baru, perletakan jawatan harus bermula dari atas. AMAN RAIS mengulas mengenai keghairahan pemimpin Umno melepaskan jawatan menjelang pilihanraya umum akan datang.





