Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 6.20pm | Lokasi terkini positif Covid-19 (20 Okt)

Berikut adalah kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dengan pengumuman terbaru dari semasa ke semasa.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini.


MASJID

  • Masjid Kampung Paka 2, Ranau, Sabah

Setelah dua kes dilaporkan di Ranau semalam, Pejabat Kesihatan Ranau meminta individu yang mempunyai sejarah solat Jumaat di masjid terbabit pada 2 Oktober untuk mengisi maklumat diri mereka melalui borang dalam talian.

Sebagai alternatif, individu terbabit juga boleh menghubungi pejabat di talian 019-605 2498.

  • Masjid Pekan Ranau, Ranau, Sabah

Berikutan dua kes di Ranau yang dilaporkan semalam, Pejabat Kesihatan Ranau telah meminta individu yang mempunyai sejarah solat Jumaat di sini pada 9 Okt untuk mengisi maklumat diri mereka melalui borang dalam talian dan sebagai alternatif mereka juga boleh menghubungi bilik gerakan Pejabat Kesihatan Ranau di talian 019-605 2498.


PETEMPATAN

  • Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selangor

Ada dua kes disahkah di lokasi ini. Kedua-dua individu terbabait dikuarantin mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Seasons Garden Residences, Wangsa Maju

Pihak pengurusan mengesahkan pada 19 Okt, ada seorang penghuni di Blok B disahkan dijangkiti Covid-19.

  • LakeFront Residences, Cyberjaya

Pihak pengurusan mengesahkan seorang penghuni di situ positif Covid-19 pada 18 Okt. Bagaimanapun individu terbabit dikatakan tidak menggunakan sebarang kemudahan awam lain kecuali lif sepanjang tempoh 14 hari lalu.

  • Desa Idaman, Puchong Prima, Selangor

Seorang penghuni Blok A disahkan positif pada 18 Okt, kata pihak pengurusan melalui satu notis semalam.

Ekoran itu semua kemudahan awam - termasuk kolam renang - ditutup, manakala kedai runcit, dobi dan kafe beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Pelawat pula hanya dibenarkan masuk antara jam 6 pagi hingga 6 petang, manakala hanya dua pekerja pembaik pulih dibenarkan bagi setiap unit bagi kerja-kerja penting.

  • Kondominium BSP21, Bandar Saujana Putra

Seorang lagi penghuni di sini - dari Tingkat 11 Blok A - dikesa positif.

Kali pertama kes Covid-19 dilaporkan di sini ialah pada 17 Okt lalu membabitkan penghuni Tingkat 23 Blok J.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SMK Pantai, Labuan

Semua pelajar tingkatan empat dan lima dikehendaki menjalani ujian saringan selepas seorang lagi pelajar disahkan positif, kata pengarah Jabatan Kesihatan Labuan.

  • SK Seri Sentosa, Nibong Tebal, Penang

Sekolah ditutup tujuh hari bermula hari ini selepas seorang murid dikenal pasti positif, kata Jabatan Pendidikan Negeri.

  • SMK Raja Lope Nor Rashid, Parit Buntar, Perak

Sekolah ditutup mulai hari ini sehingga 27 Oktober selepas satu kes Covid-19 dilaporkan di sini, kata Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

  • SMK Dato Haji Mohd Taib, Chemor, Perak

Sekolah ditutup selama tujuh hari bermula esok ekoran terdedah dengan wabak Covid-19, kata Jabatan Pendidikan Perak.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS