Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt


Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Jika anda mengetahui mana-mana lokasi lain yang diumumkan hari ini, tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


PREMIS KERAJAAN

  • Hospital Melaka

Lapan pekerja kesihatan Hospital Melaka disahkan positif Covid-19, tetapi tidak ada wad yang ditutup.

Kakitangan yang dijangkiti dan kontak rapat mereka telah diasingkan.

Hospital ini adalah hospital rujukan Covid-19 dan merawat 30 pesakit Covid-19, sementara semua rawatan lain hanya dengan janji temu.

Mesej yang disebarkan di media sosial sebelum ini menyatakan bahawa 11 telah dijangkiti dan sebuah wad ditutup, tetapi dakwaan ini telah dinafikan.


KEDIAMAN

  • Cassia Garden Residence, Cyberjaya

Seorang penguni didapati positif selepas menjalani kuaranti kendiri sejak 13 Okt, kata pihak pengurusan kediaman berkenaan.

  • Kondominium PV2, Taman Melati, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok B didapati positif semalam, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk.

Pembasmian kuman sedang dijalankan di kawasan umum.

  • Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway, Selangor

Sepasang adik beradik yang tinggal di Blok 2 didapati positif, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk semalam.

Adik beradik itu masing-masing bekerja di kedai All IT Hypermarket di Sogo Shopping Center di Kuala Lumpur dan Digital Mall di Petaling Jaya.

Kedua-dua kes itu termasuk dalam senarai lokasi Sabtu lalu.

  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Seorang penduduk Blok A didapati positif pada 17 Oktober, kata pihak pengurusan.

  • Pangsapuri De Palma, Shah Alam

Pihak pengurusan telah mengesahkan pada 21 Oktober bahawa seorang penduduk positif Covid-19.

  • Pangsapuri Seri Baiduri, Shah Alam

Pihak pengurusan telah mengesahkan bahawa seorang penduduk positif Covid-19 pada 20 Oktober.


PREMIS PERNIAGAAN

  • CS Grocer, Hentian Kajang, Selangor

Pasar raya ini ditutup minggu lalu setelah kes dikesan di sana.

Ia dipercayai merupakan lokasi Kluster Hentian dikesan.

Sebanyak 49 kes telah dikesan melibatkan kluster ini setakat 12 tengah hari semalam.

  • Petsmore SS2, Petaling Jaya

Syarikat itu telah mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di cawangan ini positif Covid-19 pada 19 Oktober.

Cawangan ini akan ditutup untuk pembersihan sehingga diberitahu kelak.

  • Petsmore, One Utama

Syarikat itu telah mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di cawangan ini positif Covid-19 pada 20 Oktober.

Cawangan ini akan ditutup untuk pembersihan sehingga diberitahu kelak.


PEJABAT

  • Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Media Prima Bhd mengesahkan seorang daripada kakitangan TV3 positif Covid-19.

Individu terbabit bertugas di Sri Pentas namun bekerja dari rumah mengikut giliran dan tidak berkunjung ke mana-mana premis syarikat itu sejak 10 Okt.

  • Empat premis Telekom Malaysia (TM) Terengganu

Empat premis TM Terengganu ditutup untuk pembasmian kuman setelah seorang kakitangan positif Covid-19.

Premis yang terlibat ialah di Jalan Sultan Ismail (termasuk TM Kuala Terengganu dan TMpoint Kuala Terengganu), TM Air Jernih dan TM Jalan Pusara di Kuala Terengganu dan TM Medan Jaya di Marang.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • SK Klian Pauh, Taiping, Perak

Bernama melaporkan sekolah terbabit akan ditutup mulai esok selepas sejumlah kes dilaporkan di situ.

Pengarah Pendidikan Perak Mohd Suhaimi Mohamed Ali dilaporkan berkata, sekolah berkenaan akan dibuka semula pada 30 Okt.

  • SMK Tunku Besar Tampin, Tampin, Negeri Sembilan

Menurut Bernama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan seorang pelajar disahkan positif.

Justeru sekolah terbabit akan ditutup selama tujuh hari mulai esok.

  • Pelbagai sekolah dan tadika Islam di Perak

Dua puluh satu sekolah kelas Al-Quran dan Fardu Ain (SAR) dan tujuh tadika Islam di Perak diperintahkan untuk ditutup dari 14 hingga 25 Oktober kerana jangkitan Covid-19.

Tidak semua kes Covid-19 tetapi semuanya ditutup untuk memudahkan sanitasi dan pengesanan kontak rapat.

Sekolah-sekolah di daerah Manjung yang terjejas:
SRAR Kampung Tersusun Batu 7;
SRAR Ittifaqiah, SRAR Al-Khairiah;
SRAR Al-Aliah;
SRAR Annasriah;
SAR Arshadiah; dan
SRAR Abadiah.

Sekolah-sekolah di daerah Larut, Matang dan Selama yang terjejas:
Madrasah Al Khairiyyah Islamiah; dan
SRAR Darul Ehsan.

Sekolah-sekolah di daerah Kerian yang terjejas:
SRAR Al-Ehya ’Addiniah;
SRAR Al Hidayatul Islamiah;
SRAR Nor Hidayah;
SRAR Al-Irsyadiah;
SRAR Khairiah Islamiah;
SRAR Fadilah Islamiah;
SRAR Al-Tahzib;
SRAR An Najihin;
SRAR Al Hidayah; dan
SRAR Al Faizin.

Sekolah di daerah Kinta yang terjejas:
SAR Al-Taufiqiah; dan
SRAR Ar-Raudhatul Ulum, Chemor.

Tadika Islam yang terjejas:
TIP Al-Hidayah, Batu Kurau;
TIP Al-Hashimiah, Taiping;
TIP An Nasriah, Sitiawan;
TIP Al-Amin, Pengkalan Hulu;
TIP Al-Hidayah, Parit Buntar;
TIP As-Syakirin, Parit Buntar; dan
TIP Nurul Wardah, Kuala Kurau.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS