
- Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
- Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:AKTIFINACTIVEEXPIRED
- LANGGAN
- Renew
- Sambung Langganan
- Settings
- Hubungi kami
- Log keluar







Keputusan itu dibuat untuk menyediakan keselamatan yang lebih baik kepada ahli mesyuarat kerajaan negeri, kata Howard Lee.

WAWANCARA | Ketika berusia sekitar lapan tahun, setiap kali azan dilaungkan di kaca TV, hatinya berasa seronok meskipun ketika di usia mentah itu, dia tidak mengetahui apa-apa tentang azan.

Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu rebah semasa membaca khutbah awal kira-kira 1.30 tengah hari ini.


Chloe Josephine, 18, maut selepas go-kart yang dipandunya di sebuah pusat sukan ekstrem terbabas, semalam.

Naib presiden MCA itu juga mempersoalkan menteri kabinet yang disifatkannya berdiam diri berhubung pelantikan Latheefa Koya,

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melahirkan rasa sedih dengan beberapa kejadian pelajar cedera terkena mercun.

Ini susulan setakat semalam, 13 daripada 18 kematian akibat kemalangan sejak Op Selamat dilancarkan terdiri daripada penunggang motosikal.

Kematian itu menjadikan seramai 159 orang maut dalam 14,793 kemalangan jalan raya sejak Op Selamat 15 dilancar 29 Mei lepas.

Syabas kini dalam proses menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan bagi mempercepatkan pemulihan bekalan.

MAICCI mendakwa kerajaan pusat membenarkan peniaga asing berniaga semasa karnival jualan dalam negara yang dilihat menjejaskan peniaga tempatan.

Menteri kewangan itu berkata eksport Malaysia bagi April 2019 meningkat 1.1 peratus kepada RM85.2 bilion.

Polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di sebuah selekoh di Felda Palong Tujuh dan Lapan di Negeri Sembilan.

Pesawat tanpa pemandu itu mempunyai kebolehan untuk terbang selama 20 jam dan boleh digunakan untuk misi risikan, peninjauan dan pemantauan.

Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpurjuga berkata kerajaan UK tidak takut mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeksport sisa secara haram.

Petisyen dalam talian, anjuran Change.org semalam, telah menerima lebih 1,000 tandatangan daripada orangramai termasuk ahli parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew.

Jelas pengerusi PSC, jawatankuasa itu
tidak mendapat kerjasama daripada eksekutif dalam tiga pelantikan awam
utama sebelum ini.

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” kata ketua SPRM yang baru itu.

Presiden Bersatu itu yakin Dr Mahathir akan membincangkan sebarang pelantikan masa depan dengan pemimpin Pakatan Harapan sebelum mengumumkannya.

RENCANA l Mengenai pelapis untuk memastikan kelangsungan perniagaan, masing-masing hanya mampu tersenyum, diam dan merenung jauh.

Rakyat perlu mendengar pendapat menyeluruh dan rasanya tidak syok kalau hanya mendengar Isma dan angkatan sealiran fahamannya sahaja.

Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.9 mata kepada 1,648.99 daripada 1,644.56 pada 5 petang pada Selasa.

Jaguh badminton negara itu yang kini berusia 37 tahun dikatakan mengambil keputusan itu atas nasihat doktor.

Ringgit menongkah arus berbanding mata wang serantau lain berikutan asas ekonomi Malaysia yang stabil.

Ini berikutan kerja pengalihan kemalangan yang melibatkan sebuah lori trailer di Km313.3 arah Utara pada Rabu dan buat masa ini lorong kiri masih ditutup.

Saman pemula Yong Teck Lee itu menyebabkan kerajaan terpaksa menunggu keputusan mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya berhubung penubuhan RCI.

Katanya prosedur pihak bank yang ketat menyukarkan pinjaman perumahan dibuat, walaupun tunggakan pinjaman kenderaan dan PTPTN yang ditanggungnya itu tidak besar.

Hanipa memberikan contoh pelantikan Pengerusi PAC yang turut menyaksikan percanggahan pendapat antara
pemimpin PH dan perdana menteri.

Susulan alat penapisan mekanikal di Loji Rawatan Air Sg Langat tersumbat akibat hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk.

"Manifesto tidak dipatuhi, dan nampak seperti lantikan politik… saya
rasa perlu penjelasan diberikan kepada orang ramai berhubung isu itu," katanya.