Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 9.07pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (26 Okt)
Diterbitkan:  Oct 26, 2020 8:57 AM
Dikemaskini: 1:11 PM

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Okt

  • Lokasi terkini yang ditambah: SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan dan SK Jalan Haji Baki, Kuching, Sarawak; Machines Service Centre, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan RHB cawangan Inanam, Kota Kinabalu.

Malaysiakini akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaru.

Jika anda mengetahui mana-mana lokasi lain yang diumumkan hari ini, tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari lalu, sila lawati laman khas Kini News Lab ini.


SEKOLAH

  • SMK Wira Penrissen, Kota Samarahan dan SK Jalan Haji Baki, Kuching, Sarawak

Kedua-dua sekolah terbabit ditutup mulai hari ini sehingga 1 Nov apabila seorang pelajar bagi setiap sekolah dikesan positif.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata penutupan berkenaan dibuat untuk membolehkan proses nyah kumah dijalankan.

Proses pembelajaran pula, katanya, diteruskan secara dalam talian.


PEJABAT

  • Menara Bangkok Bank, Jalan Ampang

Sejumlah kakitangan yang bekerja di Menara Bangkok Bank di Jalan Ampang disahkan positif Covid-19.

Kerja-kerja pembasmian kuman di tingkat bangunan yang terjejas telah dilakukan, kata bank itu dalam satu kenyataan.

  • Oasis Square, Petaling Jaya

Pejabat pengurusan mengesahkan seorang kakitangan dari Blok D di Oasis Square didapati positif Covid-19.

Dikatakan kakitangan itu kali terakhir mengunjungi Oasis Square pada 9 Okt tetapi hanya memandu untuk mengambil dokumen pejabat dari rakannya.

Dikatakan pihak pengurusan telah melakukan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi di semua kawasan di Blok D.

Rakan sekerja pesakit Covid-19 berkenaan juga diarahkan menjalani kuarantin.

  • A Solar Malaysia Sdn Bhd

Salah seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19, menyebabkan kilang itu ditutup pada 25 Okt sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Juga dilaporkan seramai 199 pekerja lain yang mempunyai kontak dengan individu yang dijangkiti diarahkan untuk menjalani kuarantin.


PERNIAGAAN

  • RHB cawangan Inanam, Kota Kinabalu

Seorang kakitangan disahkan positif pada 21 Okt, kata bank berkenaan.

Pekerja itu, kata RHB, menjalani kuarantin sejak 8 Okt selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat seorang pesakit Covid-19. Bank itu juga sudah disanitasi mengikut garis panduan KKM.

  • Machines Service Centre, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

Seorang lagi pekerja di premis ini dikesan positif hari ini, kata syarikat terbabit.

Kali terakhir pekerja berkenaan berada di kedai tersebut, kata pihak pengurusan, ialah pada 16 Okt lalu dan dipanggil untuk saringan oleh KKM pada 23 Okt selepas dia didapati ada kontak dengan satu kes lain di luar tempat kerjanya.

Premis berkenaan kini ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak bagi proses nyah kumah. Penutupan itu adalah yang kedua selepas kali pertama pada 11 Okt lalu.

 

  •  Aeon Credit Service, Aeon Big Bukit Rimau dan Aeon Credit Service, Kota Kinabalu

Syarikat itu mengesahkan dua pekerjanya di dua lokasi ini positif Covid-19. Kes-kes tersebut dikesan setelah syarikat tersebut melakukan ujian swab untuk semua pekerja barisan hadapan mereka.

Semua pekerja lain yang mempunyai kontak rapat diarah menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Kedua-dua cawangan Aeon Credit Service itu kini ditutup untuk kerja-kerja sanitasi sehingga diberitahu kelak.

  • Kedai Makan Hasnizu, Ketengah Jaya, Dungun

Jabatan Kesihatan Terengganu, dalam mesej di Facebook, meminta orang ramai yang mengunjungi restoran ini di Dungun Terengganu antara 9 Okt hingga 22 Okt untuk tampil.

Difahamkan mereka perlu mengunjungi klinik kesihatan Ketengah Jaya antara pukul 10 pagi hingga 2 petang hari ini untuk menjalani ujian saringan Covid-19.


PETEMPATAN

  • Kondominium Danau Murni, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Tingkat 7, Blok A diuji positif Covid-19 pada 23 Okt, kata pihak pengurusan.

Kerja nyah kuman telah dilakukan dan pihak pengurusan sedang menunggu arahan dari Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.


Lihat Komen
ADS