Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 11.40 PM | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (23 Nov)
Diterbitkan:  Nov 23, 2020 8:16 AM
Dikemaskini: 3:43 PM

Senarai 14 hari terdahulu: 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 23 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim)

Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mengesahkan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di Frim.

Pejabat Frim ditutup dari 9 Nov hingga 22 Nov, sementara taman botaninya ditutup dari 9 Nov hingga tarikh diberitahu kelak.


PENGANGKUTAN AWAM

  • Kilang Salutica Bhd, Ipoh, Perak

Dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkata "sejumlah" pekerja di kilangnya disahkan positif.

Kawasan yang terlibat telah ditutup untuk kerja nyahkuman dan pekerja yang terkesan telah dikuarantin, katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pekerja dibenarkan untuk kerja dari rumah selama dua minggu.

  • KTM Express Timuran (Johor Bahru ke Tumpat)

Seorang penumpang dalam kereta api T6 dari kereta api ekspres ini (ERT26), yang dalam perjalanan dari Johor Bahru Sentral ke Stesen Kereta Api Tumpat pada 10 Nov didapati positif.

Sebilangan besar penumpang telah menjalani saringan namun Jabatan Kesihatan Kelantan masih mencari enam penumpang yang masih belum tampil.

Mereka memegang nombor tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880.


PERNIAGAAN

  • Pasaraya Shaan, Kulim, Kedah

Sekurang-kurangnya satu kes Covid-19 dikesan di pasar raya ini, menurut Ahli Parlimen Padang Serai M Karuppaiya.

Menurut pengurusan, pasar raya akan ditutup sehinga suatu tempoh yang diumumkan kelak, bergantung kepada nasihat KKM.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim menafikan mesej tular yang mneggesa semua pihak yang ke pasar raya untuk tampil membuat ujian.

"Kami gesa semua penduduk untuk bertenang. Kami tidak terima arahan (agar semua pelanggan jalani ujian). Jika anda kontak rapat, PKD Kulim akan hubungi anda," katanya di Facebook.

Pasar raya itu terletak di Taman Bayam Indah, di mana 10 kes dikenal pasti semalam.

 

  • Restoran Awiera Tomyam, Raub

Restoran Awiera Tomyam di Raub ditutup sejak semalam setelah dua pelanggan, yang mengunjungi restoran itu pada 17 Nov diuji positif Covid. Kedua-duanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Pekerja restoran itu akan dikuarantin dan menjalani ujian swab hari ini. Dalam satu kenyataan, pihak restoran itu berkata ia akan menutup operasi sehingga 30 Nov.

  • Padini, IOI Mall Puchong

Padini mengesahkan salah seorang pekerjanya di pusat membeli-belah itu positif Covid-19 pada 20 Nov.

Dalam satu kenyataan, ia berkata kedai itu telah melakukan kerja pembersihan pada 21 Nov dan pasukan kakitangan yang lain telah mengambil alih kedai berkenaan.

  • Pusat beli-belah KWC Fashion Wholesale, Pudu, Kuala Lumpur

Seorang pekerja QW Cosmetic di Lot 16, Aras 5 disahkan positif pada 22 Nov, menurut pengurusan KWC.

Dia segera meninggalkan pusat beli belah itu pada pukul enam petang 18 Nov, selepas dapat tahu seorang ahli keluarganya positif pada hari itu.

Dia juga menjalani kuarantin kendiri sehingga disahkan positif pada 22 Nov.

Kerja pembersihan telah dijalankan di pusat beli-belah itu.

  • Alliance Bank, Taman Connaught, Kuala Lumpur
Seorang pekerja cawangan ini disahkan positif pada 22 Nov. Dia tidak hadir kerja sejak 19 Nov, kata bank tersebut.

Cawangan itu ditutup sehingga Rabu ini untuk kerja pembersihan.

  • Pinch Bistro, Jalan Bangkung, Kuala Lumpur
Seorang pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pada 19 Nov disahkan positif, kata restoran itu.

Pekerja yang menjadi kontak langsung individu itu telah menjalani ujian saringan.

Restoran itu ditutup bermula 23 Nov untuk kerja nyahkuman dan akan kembali beroperasi setelah semua pekerja menjalani ujian dan negatif.


KEDIAMAN

  • Taman Saleng, Kulai

Terdapat satu kes positif Covid-19 di Taman Saleng, Kulai berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan Kulai di laman Facebooknya semalam.

  • Kampung Tawadakan, Kota Belud, Sabah

Mereka yang hadir ke kenduri arwah hari ketujuh di Kampung Tawadakan pada 11 Nov digesa menjalani ujian saringan.

Ujian dibuat esok di dewan orang ramai kampun gitu bermula pukul 10 pagi hingga satu tengah hari, menurut Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Belud.

Mereka juga boleh menghubungi bilik operasi Covid-19 PKD pada talian 011-23456840.

  • Pangsapuri Indah Mas, Taman Ikan Emas, Kuala Lumpur
Satu kluster telah dikesan di sini. Kluster Indah Mas di Kepong, Titiwangsa dan Petaling setakat ini mencatatkan 10 kes.

  • Taman Putri Fasa 4, Kulai, Johor

Menurut PKD Kulai, satu kes positif dikesan di taman ini. 

Setakat ini sebanyak 16 kes positif dilaporkan di Kulai.

  • Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah
Mereka yang menyertai kenduri nibau (acara berkunjung ke rumah keluarga yang mengalami kematian) di kampung ini pada 11 Nov digesa membuat ujian saringan.

Mereka diminta menghubungi PKD Kota Belud di talian 011-23456840 atau 088-976388.



Lihat Komen
ADS