Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • The Henge, Kepong, Kuala Lumpur

Pengurusan kondominium dalam notisnya mengesahkan seorang penduduk di Blok E disahkan positif Covid-19 pada 10 Dis.

Menurut notis itu, anggota keluarga individu itu akan menjalani kuarantin kendiri dan semua kawasan umum telah dibersihkan.

  • Kondominium Savanna Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Notis pengurusan bertarikh 11 Dis memaklumkan seorang residen Aras 19 Blok B disahkan positif.

Kerja pembersihan telah dibuat di semua lif dan kawasan sekitar.


TAPAK PEMBINAAN

  • Arte, Cheras, Kuala Lumpur

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras mengesahkan sekurang-kurangnya 160 kes positif dikesan di kalangan pekerja di tapak pembinaan kondominium ini.

Tapak pembinaan telah ditutup buat sementara, selari dengan garis panduan KKM.


RUMAH IBADAT

  • St Francis Xavier Church, Malacca

Pihak gereja dalam hantaran Facebook berkata seorang paderi di situ positif Covid-19.

Semua paderi yang ada di gereja ini pada 3 Dis telah menjalani ujian swab dan dikuarantin selama 14 hari.

Pihak gereja juga berkata misa Ahad akan diteruskan seperti biasa.


PERNIAGAAN

  • Perniagaan di Bentong, Pahang

Menurut notis daripada pihak berkuasa tempatan, sejumlah perniagaan telah diarahkan tutup buat sementara bermula 13 Dis bagi kerja pembersihan dan nyahkuman.

Faiz Speedmart

D’Midnight Tomyam & Seafood

Bentong Segar Enterprise (Jln Loke Yew)

Adam Satay Bentong

Mr DIY M Sdn Bhd

EK Vapor Bentong

Lim Fresh Market

Meera Mobile

Bank Simpanan Nasional

Bentong Aquatics and Fishing Tackle Trading

My Best Tomyam Restaurant

Klinik Sulaiman

Astana Ireland Restaurant

Tealive, Bentong Prima

[Senarai akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS