Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 10pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (15 Dis)

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Pusat Perbadanan Islam Johor (PIJ), Johor Bahru, Johor

Bangunan ini ditutup sebagai langkah berjaga-jaga setelah disyaki ada Covid-19 dikesan di bahagian pusat dialisis.

Hasil ujian calitan individu yang disyaki berjangkit dijangka keluar esok, kata pengurus pembangunan kanan PIJ, Azizi Redza Zainal kepada Malaysiakini.

Pejabat itu dibersihkan pagi ini dan ditutup sehingga esok.

- Majlis Agama Islam Johor, Batu Pahat, Johor

Menurut notis MAIJ, Kementerian Kesihatan memerintahkan pejabat mereka di Batu Pahat ditutup dari 8 Disember hingga semalam untuk mencegah jangkitan Covid-19.


KEDIAMAN

  • Pangsapuri Anggun, Bandar Baru Bangi

Empat individu dari sebuah keluarga di Blok A diuji positif Covid-19 pada 14 Disember, kata pihak pengurusan.

Keluarga itu telah mengunjungi kawasan umum tingkat tiga untuk aktiviti rekreasi pada 6 Disember sekitar jam 6 petang, kata pihak pengurusan.

Penduduk yang mungkin pernah berhubungan dengan keluarga itu diminta untuk memantau kesihatan mereka dan memerhatikan sekiranya terdapat gejala.

  • Residensi Zamrud, Kajang, Selangor

Seorang penduduk di Blok D didapati positif Covid-19, kata pihak pengurusan.

Unit yang terjejas dan semua kemudahan umum akan dibasmi kuman, katanya.

  • Casa Green, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Penduduk kedua dikesan positif di kondominium ini.

Penduduk itu menjalani kuarantin sejak 13 Disember, kata pihak pengurusan.

Sebelumnya pihak pengurusan mengumumkan seorang penduduk Blok C diuji positif pada 9 Disember. Kawasan awam di Blok C akan dibersihkan tiga kali seminggu sehingga tidak ada kes baru yang dilaporkan, katanya.

Kemudahan awam ditutup sementara kerja-kerja pengubahsuaian dan pemindahan tidak dibenarkan kecuali kes-kes yang mendesak.

  • Pangsapuri Seri Utama, Puchong, Selangor

Pengurusan pangsapuri ini mengesahkan dalam notis pada 14 Disember bahawa terdapat penduduk yang positif Covid-19 dari Blok C dan D.

  • Serin Residency, Cyberjaya, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan bahawa semua ahli sebuah keluarga, kecuali anak lelaki, yang tinggal di kompleks pangsapuri ini positif Covid-19.

Semua pesakit dibawa ke hospital semalam sementara anak lelaki itu dikuarantin di rumah, kata pihak pengurusan.

Pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan di sini semalam.

  • Kondominium Danau Impian, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Tingkat 14, Blok 15 didapati positif, kata pihak pengurusan dalam makluman kepada penghuni kediaman ini.

Semua kawasan umum termasuk lobi, lif dan tingkat yang terjejas akan dibersihkan, tambahnya.


KEDUTAAN

  • Suruhanjaya Tinggi Singapura, Kuala Lumpur

Seorang kontraktor untuk Suruhanjaya Tinggi Singapura positif Covid-19.

Anggota kakitangan lain di Suruhanjaya Tinggi itu tidak dianggap sebagai kontak rapat tetapi mereka telah diberitahu untuk dikuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Kossan Rubber Industries Bhd, Klang, Selangor

Pengilang sarung tangan itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kes Covid-19 telah dikesan di kilang itu, tetapi mengatakan ia tidak dapat mendedahkan jumlah kes.

Kes-kes tersebut dikesan sebagai bagian dari pemeriksaan terhadap semua pekerja.

Kilang yang terjejas telah dibasmi kuman, pekerja yang didapati positif menjalani rawatan atau pemerhatian di fasiliti Kementerian Kesihatan, sementara pekerja yang mempunyai kontak rapat diarah kuarantin kendiri.

  • TMPoint, Kajang, Selangor

Salah seorang kakitangan cawangan TMPoint ini telah didapati positif Covid-19 pada 13 Disember, menurut Sin Chew Daily.

Cawangan itu telah ditutup sehingga diberitahu lebih lanjut dan penelusuran kontak rapat sedang dilakukan.


[Berita lanjut menyusul]


Lihat Komen
ADS