Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 4.30pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (14 Dis)

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Puspakom Johor Bahru, Johor

Puspakom Johor Bahru ditutup bermula semalam setelah seorang kakitangan diuji positif Covid-19.

Semua kakitangan lain akan menjalani pemeriksaan Covid-19, kata Puspakom dalam satu kenyataan.

Mereka yang mempunyai kontak dengan kakitangan yang dijangkiti menjalani kuarantin di rumah.

Semua bayaran yang sudah diuat untuk janji temu yang dibatalkan akan dikembalikan, kata Puspakom.


PERNIAGAAN

  • Hartalega Bestari Jaya, Selangor dan Hartalega Next Generation Integrated Glove Manufacturing Complex (NGC), Sepang

Pengilang sarung tangan Hartalega berkata, 20 pekerjanya yang berpusat di kilang Bestari Jaya dan 15 pekerja yang berpusat di NGC menunjukkan positif Covid-19. Kesemua 35 yang terlibat tidak menunjukkan gejala.

Kes berkenaan dikesan setelah syarikat itu menghantar semua 8,772 kakitangannya untuk ujian Covid-19.

Semua kontak rapat individu yang terjejas selama 14 hari terakhir telah dikenal pasti dan diletakkan di bawah kuarantin. Mereka akan menjalani ujian seterusnya sebelum mereka dibenarkan kembali bekerja.

Pembasmian kuman di semua kawasan yang terjejas telah dilakukan.

  • KN Knitting Industries Sdn Bhd, Batu Pahat, Johor

Menurut kakitangan kilang, kilang tersebut telah ditutup sehingga diberitahu kelak kerana sejumlah kes Covid-19 dikesan di sana.

  • Snowflake Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan pada 13 Disember memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan mereka dari cawangan ini positif Covid-19.

Cawangan ini akan ditutup mulai 13 Disember sehingga pemberitahuan lebih lanjut bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Semua kakitangan lain juga akan menjalani ujian calitan.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS