Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senarai lokasi 14 hari lalu:  6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PETEMPATAN

  • Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah

Pejabat kesihatan daerah Kota Belud telah mengeluarkan panggilan ujian Covid-19 untuk penduduk yang menghadiri upacara cukur jambul di kampung itu pada 19 Disember.

  • Westlite Workers’ Hostel Tampoi Jaya, Johor Baru, Johor

Kerajaan hari ini mengumumkan asrama pekerja itu akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang diperketatkan (PKPD) mulai esok 26 Dis hingga 8 Jan 2021.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 115 daripada 3,116 pekerja asing yang tinggal di sana telah diuji positif Covid-19.

Asrama ini berfungsi sebagai kemudahan penginapan terpusat bagi pekerja kilang di Taman Perindustrian Tampoi Jaya.

  • Emira Residences, Shah Alam, Selangor

Seorang penduduk didapati positif pada 23 Disember, kata notis pihak pengurusan.

Penghuni itu telah dihantar ke hospital manakala ahli keluarga yang tinggal di unit yang sama diarahkan kuarantin di rumah.

Pihak pengurusan berkata telah mengatur pembasmian kuman di semua kawasan dan kemudahan umum, termasuk lantai yang berkenaan.

  • Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di perumahan ini diuji positif Covid-19.

Bapa orang yang dijangkiti itu memberitahu penduduk kejiranan tesebut hari ini.

Dia berkata anaknya kini dikuarantin di sebuah bilik di rumah sementara menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan.

  • Seri Maya Condominium, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok P diuji positif Covid-19 hari ini, kata pihak pengurusan.

Pembasmian kuman dibuat di kawasan umum Blok P pada jam 6 hingga 10 malam, katanya.


PERNIAGAAN

  • TMPoint Taipan, Subang Jaya, Selangor

Seorang pekerja di premis ini diuji positif Covid-19 pada 23 Disember, kata Telekom Malaysia Bhd dalam satu kenyataan.

Kedai itu ditutup untuk pembasmian kuman sehingga 29 Disember sementara pengesanan kontak rapat sedang dilakukan, kata Telekom.

  • Sea View Restaurant, Batu Pahat, Johor

Seorang kakitangan diuji positif Covid-19, kata restoran itu dalam notis di Facebook.

Restoran itu akan ditutup untuk pembasmian kuman sehingga diberitahu kelak, katanya.

Pihak pengurusan memberitahu Oriental Daily bahawa pekerja tersebut dipercayai dijangkiti setelah berhubung dengan ahli keluarga yang positif Covid-19.

Pekerja itu dilaporkan kali terakhir berada di restoran pada 22 Dis lalu, hari dirinya diuji positif.


PREMIS KESIHATAN

Klinik Insan Nusa Bestari, Nusajaya, Johor

Ahli politik dan doktor perubatan Boo Cheng Hau dalam kiriman di Facebook malam tadi mengatakan bahawa dia diuji positif Covid-19 pada hari Sabtu (19 Dis), dan sejak itu berada di bawah kuarantin.

Malaysiakini mendapat tahu bahawa klinik tempat dia bekerja ditutup sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Cawangan lain Klinik Insan, yang terletak di Taman Universiti di Skudai, Johor, juga dibersihkan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 



Lihat Komen
ADS