Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes Covid-19 hari ini (20 Dis)
Diterbitkan:  Dec 20, 2020 2:09 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PEJABAT

  • Q Sentral, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di Tingkat 32 bangunan pejabat ini telah diuji positif Covid-19, kata notis pengurusan Q Sentral pada 17 Disember.

Dikatakan kali terakhir individu berkenaan masuk ke bangunan itu pada 16 Disember.

Pembersihan unit pejabat, lif, lobi, koridor, tandas, dan pintu pagar yang terjejas sedang dilakukan, tambahnya.

KEDIAMAN

  • Mutiara Ville, Cyberjaya, Selangor

Seorang penduduk di Blok J positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis malam tadi (19 Dis).

Langkah-langkah perlu seperti pembasmian kuman di tempat yang mungkin tercemar dan menawarkan bantuan praktikal kepada penduduk unit telah diambil, tambahnya.

  • RES280 Condominium, Selayang, Selangor

Pengurusan kondominium mengeluarkan notis semalam (19 Dis) berkata, seorang penduduk di Tingkat 15 didapati positif Covid-19.

Menurut China Press, pihak pengurusan berkata pihak profesional luar menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman di kawasan umum kondominium, termasuk lif.

  • Residensi Henge, Kepong, Kuala Lumpur

Dua penduduk di Blok E kondominium di Jalan Metro Perdana Barat ini telah diuji positif Covid-19, menurut notis pengurusan semalam.

Notis itu, yang disahkan sah oleh cabang DAP Kepong, berkata anggota keluarga pesakit yang lain akan dikuarantin di unit mereka berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan.

Mereka juga menggunakan perkhidmatan syarikat sanitasi profesional untuk membersihkan kawasan yang mungkin terjejas.

PREMIS PERNIAGAAN

  • Econsave Cash & Carry di Forest Height, Seremban, Negeri Sembilan

Menurut laporan Utusan Malaysia, kes positif Covid-19 telah dikesan di pasar raya ini.

Ia memetik hantaran Facebook syarikat itu, yang berkata pembekal yang mengunjungi premis berkenaan pada 14 Disember telah diuji positif Covid-19.

Berikutan kejadian itu, Econsave Cash & Carry ditutup untuk kerja-kerja pembersihan, dan pekerja di sana diarah untuk menjalani kuarantin selama 10 hari. Mereka akan digantikan oleh pasukan lain buat sementara waktu.

[Laporan penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS