Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 4.45pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (19 Dis)

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Pantai Hillpark Fasa 5, Kuala Lumpur

Badan pengurusan kawasan perumahan ini mengeluarkan notis hari ini memaklumkan satu kes Covid-19 dikesan di Blok 3.

Menurut seorang penduduk, notis tersebut menyatakan bahawa pesakit akan dijemput dengan ambulans ke hospital tidak lama lagi.

Pihak pengurusan berkata mereka akan melakukan kerja-kerja sanitasi dalam if dan kawasan sekitar Blok 3.

  • PPR Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur

Pejabat Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dimaklumkan seorang penduduk di PPR ini disahkan positif Covid-19.

Pejabat itu turut menunjukkan gambar kerja nyahkuman di bangunan dan menggesa penduduk sekitar mengambil langkah berjaga-jaga


KEMUDAHAN AWAM

  • Terminal bas Jalan Pahlawan, Sibu, Sarawak

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata empat warga Indonesia yang dijangkiti wabak telah menaiki bas di terminal.

Berdasarkan rakaman CCTV, JPBNS berkata mereka menaiki bas Sungai Merah dengan nombor pendaftaran QSX6722, kira-kira pukul 12.50 tengah malam pada 17 Dis.

Bas itu bertolak pada pukul satu pagi ke Serian. Ia menggesa semua penumpang tampil untuk melakukan ujian.

[Senarai akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS