Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 5.30pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (23 Dis)

Senarai lokasi 14 hari lalu: 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis  | 23 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Fortune Perdana, Kepong, Kuala Lumpur

Seorang penduduk positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis hari ini.

Pihak pengurusan sedang mengatur "pembasmian kuman intensif segera", sementara pekerja pembersihan sedia ada membersihkan lif dan pemegang pintu, katanya.

  • Terasek, Bangsar, Kuala Lumpur

Menurut aplikasi MySejahtera Kementerian Kesihatan, enam kes Covid-19 telah dikesan dalam radius 1km dari Jalan Terasek 7 pada dua minggu yang lalu.

Jalan Terasek 7 terletak di tengah-tengah kawasan Terasek Bangsar, terletak di sebelah kawasan Jalan Telawi yang popular.

Kawasan ini terdiri daripada sembilan lorong kediaman dan kompleks sukan.

Ketika dihubungi, persatuan penduduk setempat mengatakan bahawa walaupun terdapat spekulasi kes yang dikesan di kalangan penduduk, persatuan tersebut belum mendapat notis daripada pegawai kesihatan atau penduduk yang dijangkiti.

  • Kondominium Kristal Heights, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Malaysiakini difahamkan seorang penduduk positif Covid-19.

Penghuni lain akan disaring oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

  • Perumahan Awam Sri Sarawak, Jalan Kenanga, Kuala Lumpur

Dua kes Covid-19 dikesan di Blok B.

Ini berdasarkan notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


KILANG

  • ATA Components Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Dewani, Johor Bahru

Dua pekerja anak syarikat pengeluar elektronik ATA IMS positif masing-masing pada 15 dan 16 Disember.

Semua operasi di ATA Components digantung pada 16 Disember untuk kerja pembersihan sementara semua pekerja yang mempunyai kontak rapat telah menjalani pemeriksaan Covid-19, kata ATA IMS kepada Bursa Malaysia pada hari Isnin.

Fasiliti itu ditutup sehingga esok untuk pembasmian kuman dan ujian selanjutnya.

Penutupan akan memberi kesan kurang daripada 1 peratus daripada pendapatan syarikat, kata ATA IMS.

  • VS Industry Bhd, Taman Perindustrian Murni, Senai, Johor

Seorang juruteknik di bahagian perkakas positif Covid-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang dijangkiti, kata syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 18 Disember.

Kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja yang dijangkiti telah menjalani ujian Covid-19 dan berada di dalam kuarantin rumah selama 14 hari.

Pembasmian kuman telah dilakukan di premis yang terjejas.

  • OKA Corporation Bhd, Senai, Johor

Dua daripada 200 pekerja pengeluaran di kilang Senai diuji positif untuk Covid-19, kata syarikat itu dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 16 Disember.

Kilang ditutup sehingga 21 Disember untuk kerja pembersihan.

Semua kontak rapat telah dikenal pasti, diuji dan dikuarantin.

Penutupan itu memberi kesan kepada kurang dari 0.7 peratus daripada jumlah pengeluaran kumpulan itu, kata syarikat itu.

  • Elentec (M) Sdn Bhd, Sijangkang, Selangor

Kilang itu diperintahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan semalam setelah beberapa pekerja mereka didapati positif Covid-19.

Menurut notis Jabatan Kesihatan Kuala Langat, kilang mesti ditutup sehingga 4 Januari.

Sekurang-kurangnya empat kes dikesan dalam radius satu kilometer dari kilang itu.


PERNIAGAAN

  • Public Bank Medan Idaman, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di cawangan ini positif Covid-19 pada 22 Disember, kata bank itu.

Pekerja itu terakhir berada di cawangan berkenaan pada 18 Disember.

Semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja yang terlibat sedang menjalani kuarantin rumah.

Cawangan itu ditutup buat sementara waktu untuk kerja pembersihan.

  • Future Lifestyle, Scott Garden, Kuala Lumpur

Seorang pekerja kedai ini di North Street, Scott Garden positif Covid-19 pada 20 Disember.

Kedai itu terletak di bawah unit kediaman Blok C, kata pengurusan Scott Garden dalam notisnya semalam.

Semua pekerja lain diuji negatif untuk Covid-19.

Langkah pencegahan akan diambil untuk memastikan keselamatan pelanggan, penyewa dan penduduk, katanya.

[Berita lanjut menyusul]


Lihat Komen
ADS