Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes Covid-19 hari ini (21 Dis)
Diterbitkan:  Dec 21, 2020 3:52 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Maisson Residence Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Badan pengurusan kondominium ini mengeluarkan notis semalam (20 Dis) memaklumkan seorang penduduk di Blok 5 diuji positif Covid-19.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah melakukan kerja pembersihan di premis tersebut.

Pengunjung masih dibenarkan masuk ke Maisson, kecuali di Blok 5.

  • Soho Suites KLCC, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Tingkat 7 Blok A3 diuji positif Covid-19, menurut notis bertarikh 19 Disember yang dikeluarkan pengurusan kediaman mewah ini.

Dikatakan pihak pengurusan telah mengambil langkah-langkah perlu, termasuk membasmi kuman di semua kawasan yang mungkin tercemar dan menawarkan bantuan praktikal kepada penghuni di unit tersebut.

  • The Tamarind, Sentul East, Kuala Lumpur

It said that following the incident, they will be conducting disinfection at all common areas of all blocks in the condominium complex, and intensify daily disinfection activities.

Seorang penduduk di Blok C diuji positif Covid-19, menurut notis badan pengurusan kondominium ini, bertarikh 19 Disember.

Berikutan kejadian itu, pengurusan berkata akan melakukan pembasmian kuman di semua kawasan umum di semua blok di kompleks kondominium dan memperhebatkan aktiviti pembasmian kuman setiap hari.


KILANG

  • Uro Technology Sdn Bhd, Pontian, Johor

Beberapa pekerja syarikat ini yang menghasilkan peralatan perubatan telah diuji positif untuk Covid-19.

Menurut jurucakap syarikat induknya Karex Berhad, kes-kes itu dikesan semasa aktiviti pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Uro Technology.

Difahamkan, kes-kes tersebut sebahagian daripada kluster Batu 39 yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan semalam.

  • Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd, Shah Alam, Selangor

Syarikat itu mengeluarkan notis kepada Bursa Malaysia hari ini, memaklumkan 116 daripada 2,137 pekerjanya yang diperiksa Covid-19 telah diuji positif.

Berikutan itu, mereka menghentikan sementara operasi sehingga pemberitahuan lebih lanjut di bawah nasihat Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Kemudahan ditutup dari hari ini ke 23 Disember untuk membolehkan aktiviti pembasmian kuman.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Ipoh Parade, Ipoh, Perak

Seorang promoter kedai Watsons di Ipoh Parade didapati positif Covid-19, menurut kenyataan pusat beli-belah itu hari ini.

Pihak pengurusan berkata Watsons telah melakukan pembasmian kuman dan pembersihan di premis itu sebelum pusat beli-belah dibuka untuk perniagaan pagi ini.

Semua kawasan umum di pusat beli-belah itu juga telah dibersihkan mengikut panduan SOP pihak berkuasa kesihatan.

  • Gudang Alpha Galaxy Logistics Hub, Puncak Alam, Selangor

Difahamkan, pekerja gudang ini telah diuji positif Covid-19. Mereka dikaitkan dengan kluster Puncak Galaksi yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada 16 Disember.

Setakat semalam, kluster ini merekod 104 kes positif, daripada jumlah keseluruhan 648 saringan.

Ketika dihubungi hari ini, pejabat pengurusan syarikat mengesahkan kes positif di gudang itu dan premis berkenaan ditutup selama 14 hari

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS