Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kemas kini 5.30pm | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (24 Dis)

Senarai lokasi 14 hari lalu:  5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • Jaya Grocer, Glo Damansara, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan perniagaan runcit ini memaklumkan salah seorang pekerjanya dari cawangannnya di Glo Damansara positif Covid-19 pada 24 Dis.

Pekerja berkenaan tidak hadir bertugas sejak 18 Dis.

Cawangan ini akan ditutup mulai 24 Dis sehingga tarikh diberitahu kelak. Semua pekerja dari cawangan yang sama akan menjalani ujian swab.

Pihak pengurusan memaklumkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman sedang dijalankan.


KEDIAMAN 

Pangsapuri Permata Fadason, Taman Fadason, Kuala Lumpur

Dua kes Covid-19 dikesan di Blok D pangsapuri ini, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh 24 Disember.

Kedua-dua penghuni itu diuji positif pada 23 Disember, dan disahkan oleh pejabat kesihatan Kepong pada keesokan harinya.

BSP21, Bandar Saujana Putra, Selangor

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 24 Dis bahawa terdapat kes keenam Covid-19 yang dikesan di pangsapuri berkenaan, kali ini melibatkan seorang penduduk dari Blok D di tingkat 17.

Lima pesakit sebelum ini dirawat dan telah keluar dari hospital.

Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi telah dilakukan di sekitar kawasan di Blok D.

  • Pangsapuri Servis Spring Villa, Taman Ukay Perdana, Selangor

Pihak pengurusan pangsapuri ini semalam mengeluarkan notis memaklumkan seorang penghuni positif Covid-19.

Kerja-kerja sanitasi sedang dijalankan. Pihak pengurusan juga melarang pengunjung ke blok A, B, C, dan D selama 14 hari - dengan sebarang penghantaran hanya diserahkan kepada pondok pengawal.


PEJABAT

Wisma 99 Speedmart, Klang, Selangor

Syarikat ini memaklumkan salah seorang kakitangannya yang bekerja di tingkat 10 bangunan berkenaan dikesan positif Covid-19 hari ini.

Pekerja tersebut hadir bekerja sejak 22 Dis lalu.

Kontak terdekat diminta menjalani ujian swab dan kawasan yang terjejas di bangunan berkenaan juga telah dibersihkan.

[Senarai terbaru akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS