
Kerajaan perlu berterus terang alasan kenaikan harga petrol
Ura-ura harga bahan bakar akan naik lagi menyebabkan rakyat gelisah. Bagaimanapun, seorang pakar ekonomi mahu kerajaan berterus-terang kepada rakyat mengenai punca sebenar kenaikan kenaikan harga bahan tersebut.
Serangan demi serangan terhadap filem Embun arahan Erma Fatima menimbulkan tandatanya umum. Bekas exco Puteri Umno itu berpendapat, serangan terancang itu merupakan satu amaran kepada kumpulan 'Enam Jahanam' agar tidak mencuba mencabar kepimpinan Azalina Othman Said dalam pergerakan itu.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau akan menjadikan mahkamah sebagai 'medan' untuknya berdakwah sekiranya dia perlu membela diri di mahkamah berhubung kenyataannya yang berbunyi "Allah samseng".
Taxi operators and drivers have expressed shock over Culture, Arts and Tourism Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir's remark that errant cabbies be shot dead. They said the minister must be out of his mind for making such a caustic statement.
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata ramai pelajar keturunan Cina bersekolah di Singapura kerana lebih berminat di sekolah aliran Inggeris daripada sekolah beraliran Mandarin.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta pemimpin parti Barisan Nasional yang mewakili kaum Cina meneruskan perbincangan mengenai isu penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik bagi mengelakkan tercetusnya kontroversi yang berpanjangan.