
Mampukah demokrasi menangani diversiti?
Masalah kita timbul kerana diversiti kita dalam etnik, bahasa, agama dan kebudayaan tidak diakui sebagai aset dan diberi kedudukan yang sama rata.












Selama ini versi rasmi kerajaan saja yang cuba diindokrinasi dan disogokkan kepada semua pihak, termasuk di peringkat Institusi Pengajian Tinggi melalui matapelajaran Hubungan Etnik baru baru ini.












Untuk menutup kesalahan episod menjulang keris, budaya Melayu diputarbelitkan dengan keris kononnya menjadi lambang amanah untuk menjalankan tanggungjawab kepada semua kaum! Rasanya keris boleh digunakan untuk acara angkat sumpah bagi semua ahli parlimen kita!