Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemaskini 7pm | Lokasi kes jangkitan Covid-19 hari ini (26 Dis)

Senarai lokasi 14 hari lalu:  7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis  | 25 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PENJARA DAN PUSAT TAHANAN

  • Kompleks Penjara Bentong, Bentong, Pahang

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan kluster Covid-19 baru yang dinamakan Kluster Pagar Bentong, pertama kali dikesan pada 5 Disember semasa melakukan pemeriksaan saringan bagi tahanan.

Malaysiakini difahamkan kluster ini melibatkan Kompleks Penjara Bentong, yang terletak di Felda Mempaga.

Setakat hari ini, 13 kes positif telah dikesan dalam kluster berkenaan, daripada 79 individu yang diuji virus tersebut.


PENGANGKUTAN AWAM

  • Stesen LRT Bandaraya, Kuala Lumpur

Prasarana Bhd mengatakan bahawa seorang pegawai stesen LRT yang berkaitan stesen Bandaraya positif Covid-19 pada 24 Disember. Pekerja itu kali terakhir bekerja pada 19 Disember.

Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa pegawai itu tidak mempunyai kontak rapat dengan penumpang ketika bertugas.

Rapid Rail, yang merupakan operator rangkaian LRT Prasarana, telah melakukan kerja pembasmian kuman dan pembersihan di tempat kerja pegawai itu.


KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI

  • Kelab Golf Diraja Selangor

Kelab Golf Diraja Selangor mencatatkan satu lagi kes positif Covid-19 hari ini, menurut laporan MalayMail.

Memetik notis kelab yang ilihat, laporan itu mengatakan ahli kelab itu telah bermain golf di sana pada 20 Disember. Ini kes positif kesembilan yang dilaporkan di tempat tersebut.

Kelab tersebut dalam notisnya menyenaraikan pergerakan ahli kelab pada hari itu, dan menggesa orang lain yang berada di sana pada tarikh dan waktu berkenaan untuk membuat saringan sekiranya mereka merasa berisiko.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Mikro Cafe Taman Melawati, Kuala Lumpur

Pengurusan kafe ini menyiarkan di Instagram malam tadi bahawa dua pembantunya telah diuji positifCovid-19.

Kafe itu menasihati mereka yang menjadi kontak rapat di premis berkenaan antara 19 Desember dan 24 Desember 2020, untuk membuat ujian virus tersebut.

Pihak pengurusan meminta maaf atas keadaan yang tidak terduga ini.

Kafe itu akan ditutup dan menjalani pembersihan esok.


PETEMPATAN

  • Pavilion Hilltop Mont Kiara, Kuala Lumpur

Pengurusan kondominium ini mengeluarkan notis hari ini bahawa seorang penduduk di Blok A telah dinyatakan positif Covid-19.

Berikutan itu, mereka telah mengatur kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan awam yang terjejas termasuk lif dan lobi.

  • Sri Desa Condominium, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Seorang penduduk yang tinggal di Tingkat 7 di Blok 1 telah dinyatakan positif Covid-19, kata notis yang dikeluarkan oleh pejabat pengurusan kondominium hari ini.

Ia menyatakan bahawa langkah-langkah yang diperlukan telah diambil termasuk membasmi kuman dan menawarkan bantuan kepada penghuni di unit tersebut untuk meminimumkan risiko bagi penduduk lain.

  • Suria Apartment, Kepong Industrial Park, Kuala Lumpur

Menurut DAP Kepong, seorang penduduk di sini didapati positif Covid-19.

Dalam kiriman di Facebook, DAP Kepong berkongsi notis oleh pihak pengurusan pangsapuri, bertarikh 24 Disember, yang mengatakan bahawa penduduk itu tinggal di tingkat 16 Blok D. Penghuni unit lain juga telah diuji dan ditempatkan di bawah kuarantin.

Pihak pengurusan menambah bahawa mereka akan melakukan sanitasi di semua kawasan umum di blok tersebut.

  • Rumah Awam Bukit Batu, Kulai, Johor

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai mengatakan kes positif Covid-19 direkodkan di kawasan perumahan ini semalam (25 Dis).

Ini adalah satu-satunya kes aktif yang ada pada masa ini.

  • Taman Sena, Kulai, Johor

Dua kes positif dicatatkan di kawasan perumahan ini setakat semalam, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai.

Pangsapuri Desa Satu, Desa Aman Puri Kepong, Kuala Lumpur

Seorang penyewa di Blok 2 diuji positif untuk Covid-19 dan telah dibawa ke hospital, kata notis yang dikeluarkan oleh pejabat pengurusan.

Notis itu dikongsi oleh pejabat DAP Kepong hari ini.

Semua penduduk disarankan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika berada di kawasan umum, mencuci tangan dari semasa ke semasa, dan menjaga jarak fizikal.

  • Pangsapuri Aman Puri, Desa Aman Puri Kepong, Kuala Lumpur

Dua anggota keluarga yang tinggal di Blok C telah dinyatakan positif Covid-19, menurut notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan.

Difahamkan, notis itu dihantar kepada semua penduduk melalui kumpulan sembang Whatsapp mereka pada hari Khamis (24 Dis).

[Senarai ini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS