Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 11.35am | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (30 Okt)
Diterbitkan:  Oct 30, 2020 8:36 AM
Dikemaskini: Oct 31, 2020 6:17 AM

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari terakhir, sila lawati laman khas Kini News Lab.


RUMAH IBADAT

  • Tiga kuil di Desa Jasmin, Desa Cempaka dan Desa Melati, Nilai, Negeri Sembilan.
  •  Enam gereja yang beroperasi di rumah kedai di sekitar Bandar Baru Nilai.

Sembilan rumah ibadat bukan Islam itu berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Zon Nilai ditutup, mulai Rabu lepas.

Sebanyak 35 lokaliti dan taman terlibat dalam pelaksanaan PKPB Zon Nilai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada 26 Okt lepas dilapor sebagai berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Putra Point Nilai bermula 28 Okt lepas hingga 10 Nov, membabitkan dua lokaliti tempat tinggal pekerja (asrama) di kawasan itu, yang dikesan menyumbang kepada peningkatan kes positif Covid-19 iaitu Jalan BBN 1/7B dan Jalan BBN 1/7F serta Jalan BBN 1/2E.


KEDIAMAN

  • Apartment Arena Shamelin, Cheras Kuala Lumpur

Empat anggota keluarga yang tinggal di blok 4 di apartment Arena Shamelin di Cheras diuji positif Covid-19.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa pihak pengurusan pangsapuri berkenaan telah mengeluarkan notis amaran kepada penduduk mengenai kes tersebut.

Menurut seorang penduduk, ini merupakan kes kedua yang dikesan di pangsapuri berkenaan. Kes pertama dikesan di blok 2, di mana seorang penduduk disahkan positif pada 24 Okt.


PERNIAGAAN

  • Pejabat Sandhu & Co Adovates di Miri, Sarawak

Seorang peguam yang bertugas di firma guaman yang terletak di Miri ini disahkan positif Covid-19 pada 28 Okt.

Menurut pengurus bersama Sandhu & Co, Satinder Sandhu, peguam itu dibawa ke hospital manakala rakan-rakannya di pejabat mereka di Miri menjalani kuarantin.

Premis itu kini ditutup sementara seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan.

Satinder berkata, peguam yang diuji positif dan rakan sekerjanya dari pejabat di Miri mengunjungi pejabatnya di Kuching enam bulan lalu, dan oleh itu dia tidak terjejas dengan wabak berkenaan.

  • Supreme Cold Storage Sdn Bhd, Supreme Food Supply (M) Sdn Bhd dan Supreme Transportation Sdn Bhd, Kuching, Sarawak

Syarikat ini telah melakukan sanitasi di premis, pejabat, gudang dan kawasan umum selepas seorang pekerja diuji positif Covid-19.

Pekerja itu disahkan positif pada 27 Okt lalu.

Semua pekerja akan menjalani ujian saringan di sebuah hospital swasta hari ini dan esok, kata syarikat berkenaan dalam notisnya.


KEDUTAAN

  • Kedutaan Jepun, Persiaran Stonor, Kuala Lumpur

Seorang kakitangan warga Malaysia diuji positif Covid-19 pada 25 Okt tetapi tidak menunjukkan gejala, kata kedutaan tersebut dalam notis di laman webnya.

Kakitangan berkenaan bagaimanapun tidak mempunyai kontak dengan warga Jepun, pegawai dan pengunjung lain di kedutaan berkenaan.

Kedutaan itu berkata pelbagai langkah telah diambil untuk mengekang penyebaran jangkitan di kedutaan terbabit.

Lihat Komen
ADS