Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari lalu, sila lawati laman khas Kini News Lab.


PERNIAGAAN

  • Pengedar Toyota, Labuan

Malaysiakini difahamkan terdapat kes positif Covid-19 di cawangannya di sini.

Difahamkan, premis tersebut telah diarahkan tutup sementara waktu oleh pihak berkuasa kesihatan.

Syarikat itu semalam menyiarkan di laman Facebooknya mengatakan premis itu ditutup sehingga tarikh diberitahu kelak, tetapi tidak menyebutkan alasannya.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak Selangor.

Universiti ini mengeluarkan notis di akaun Twitter rasminya semalam mengatakan seorang pelajar diuji positif Covid-19 dan telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

"Salah seorang pelajar kami didapati positif Covid-19. Jangan risau, keadaan terkawal dan UIAM secara kolektif terus melakukan langkah-langkah yang diperlukan.

"Kami meminta kerjasama anda untuk mengikuti semua langkah keselamatan & SOP Universiti," kata universiti itu.

Lihat Komen
ADS