Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes jangkitan Covid-19 hari ini (2 Jan)
Diterbitkan:  Jan 2, 2021 4:04 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Senarai lokasi lalu: 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PEJABAT

  • Kwong Wah Yit Poh Press, Kuala Lumpur

Seorang pekerja harian berbahasa Cina ini diuji positif Covid-19.

Mengesahkan dengan Malaysiakini, pekerja itu berkata dia menerima keputusan ujiannya pagi ini.

Pekerja itu berkata dia sudah memberitahu pejabatnya dan setakat ini, dia adalah satu-satunya kes positif dari pejabat itu.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Ikea Damansara, Mutiara Damansara, Selangor

Beberapa kes Covid-19 dikesan di kalangan pekerja Ikea selepas ujian rutin berjadual.

Syarikat itu berkata cawangan di Damansara akan ditutup pada 2 Januari sehingga pemberitahuan lebih lanjut untuk pembersihan dan pengesanan kontak rapat.


KEDIAMAN

  • Citizen Condominium, Old Klang Road, Selangor

Pihak pengurusan melalui notis bertarikh 1 Januari berkata seorang penduduk dari Blok A, Tingkat 27 telah diuji positif Covid-19.

Ahli keluarga pesakit itu juga akan menjalani pemeriksaan dan kuarantin kendiri.

Pembersihan dan pembasmian kuman akan dilakukan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS