Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 3.25pm | Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (2 Nov)

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov

  • Lokasi yang ditambah: MiCare Sdn Bhd, Bukit Jelutong.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari lalu, sila lawati laman khas Kini News Lab.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak

Fakulti Kejuruteraan ditutup sehingga 12 Nov dan semua kakitangan diarahkan bekerja dari rumah setelah satu kes Covid-19 disyaki dikesan di sana, kata universiti itu.

Mereka yang terlibat dalam persiapan Persidangan Kejuruteraan 2020 (EnCon2020) dari 25 hingga 26 Oktober dianggap sebagai individu dalam siasatan (PUI) dan perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga dihubungi oleh Kementerian Kesihatan.

Mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan PUI atau menghadiri acara-acara berikut dianggap sebagai individu yang berada dalam pengawasan dan diminta menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari:

- Upacara pembukaan EnCon2020 pada 27 Okt atau persidangan seterusnya pada 27-28 Oktober;

- Bengkel ProCEL oleh Unimas Business School di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia pada 28 Oktober; dan

-Kursus pra-persaraan oleh Unimas Leadership Center pada 27-28 Oktober.

Kerja-kerja sanitasi akan dilakukan di Fakulti Kejuruteraan dan makmal komputer di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

  • Sekolah Antarabangsa St Joseph, Kuching, Sarawak

Dalam surat pekeliling kepada ibu bapa semalam, sekolah tersebut mengesahkan bahawa seorang pelajar telah positif Covid-19.

Pihak sekolah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh ibu bapa pelajar itu.

Pelajar itu adalah kontak rapat ibu bapa berkenaan.

Pihak berkuasa telah dimaklumkan dan usaha pengesanan kontak kini sedang dilakukan.

Sekolah ini dijangka ditutup untuk sanitasi antara 1 November hingga 7 Nov.

Selama tempoh ini, tempat untuk peperiksaan Sijil Umum Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGSCE) dan A-Level yang sedang berlangsung akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Persendirian St Joseph.


PEJABAT

  • MiCare Sdn Bhd, Bukit Jelutong, Selangor

Beberapa kes dikesan di syarikat ini dan disahkan MiCare semasa dihubungi.

Bagaimanapun syarikat terbabit enggan mendedahkan jumlah kes yang disahkan tetapi mengakui ia adalah sebahagian daripada kluster Astaka.

Kluster itu setakat ini mencatatkan 44 kes.

  • UITM Holdings, Dataran PHB, Shah Alam, Selangor

Kes Covid-19 dilaporkan di UITM Holdings, yang terletak di Tingkat 9 Blok A bangunan ini, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penyewa semalam.

Blok itu ditutup hari ini untuk pembasmian kuman di kawasan umum, sementara UITM Holdings telah diarahkan untuk membasmi kuman di unitnya.


KEDIAMAN

  • Jalan Tenaga, Labuan

Terdapat sejumlah kes dikesan di sini.

Seramai 57 daripada 103 orang yang disaring di diuji positif, manakala 46 orang masih menunggu keputusan.

  •  Suria Jelutong, Bukit Jelutong, Selangor

Seorang penduduk di Blok B disahkan positif,  menurut notis yang dikeluarkan pihak pengurusan.

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menjalankan kerja-kerja disinfeksi di kawasan blok dan tingkat kediaman yang terjejas.

  • Pearl Avenue Condominium, Kajang, Selangor

Seorang penduduk yang mempunyai akses ke Blok A dan B kompleks ini positif Covid-19 pada 29 Oktober.

Dia telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan, sementara keluarganya menjalani kuarantin rumah.

Semua kawasan umum telah dibasmi kuman, kata pihak pengurusan dalam notisnya.

  • Kondominium Shang Villa, SS7, Petaling Jaya, Selangor

Satu kes Covid-19 telah dikesan di sini, kata pihak pengurusan dalam notis pada 30 Oktober.

Blok A dan B telah dibersihkan.

Semua kakitangan pengurusan telah menjalani pemeriksaan Covid-19 sementara mesyuarat agung tahunan yang dijadualkan pada hari Ahad ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Pusat Tahanan Sementara Tawau, Sabah

Sebanyak 104 kes positif di sini, termasuk 42 kes baru hari ini.

Kes indeks dikesan melalui saringan terhadap individu yang tidak bergejala.

Seramai 1,671 individu menjalani saringan manakala keputusan terhadap 1,567 lagi masih belum diketahui.

  • Dewan Negara, Parlimen Negara, Kuala Lumpur

Beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19.

Perkembangan itu menyebabkan prosiding Dewan Rakyat hari ini akan dipendekkan hingga jam 1 tengah hari sementara peraturan baru akan ditetapkan untuk sesi seterusnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh menteri undang-undang Takiyuddin Hassan ketika sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.


PERNIAGAAN

  • 7-Eleven, M City Ampang, Selangor

Rangkaian kedai serbaneka ini memaklumkan seorang pekerjanya di M City Ampang positif Covid-19 hari ini. Pekerja berkenaan kali terakhir dilaporkan betugas tiga hari lalu iaitu pada 30 Oktober.

Kedai serbaneka itu akan ditutup sehingga tarikh diberitahu kelak bagi tujuan pembersihan dan sanitasi manakala mereka yang mempunya kontak dengan pekerja terbabit akan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah.

  • Cawangan RHB Simpang Tiga, Kuching, Sarawak

Seorang kakitangan dikesan positif Covid-19 pada 1 Nov, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Kakitangan berkenaan kali terakhir berada di cawangan itu pada 30 Okt.

Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat menjalani kuarantin di rumah. Cawangan bank berkenaan telah melakukan kerja-kerja nyahkuman.

  • Restoran Burnin Pit, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Seorang pelanggan di sini dikesan positif Covid-19, yang berkaitan dengan kes di sebuah kelab golf, kata restoran itu.

Restoran berkenaan ditutup dari 28 Okt sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Semua kakitangan menjalani saringan, manakala restoran itu telah melakukan kerja-kerja sanitasi.

  • Wisma Seberkas, Kuching, Sarawak

Bangunan ini ditutup dari hari ini sehingga 16 Nov apabila kes Covid-19 dikesan di kalangan pekerja.

Notis penutupan oleh Kementerian Kesihatan dilihat ditampal di pintu masuk bangunan pagi ini.

Sementara itu, PC Image mengesahkan kes Covid-19 di Wisma Seberkas tetapi mengatakan pekerjanya tidak dijangkiti.

  • Cawangan Maybank Matang Jaya, Kuching, Sarawak

Cawangan ini ditutup buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembasmian kuman setelah pekerjanya mempunyai kontak rapat dengan individu yang diuji positif Covid-19.

Kontak rapat itu tidak berlaku di premis bank, kata cawangan itu dalam satu notis yang dikeluarkan.


Lihat Komen
ADS