Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 8pm: Lokasi terkini jangkitan Covid-19 (3 Nov)
Diterbitkan:  Nov 3, 2020 1:30 PM
Dikemaskini: 12:37 PM

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Senarai lokasi terdahulu: 8 Okt | 9 Okt | 10 Okt | 11 Okt | 12 Okt | 13 Okt | 14 Okt | 15 Okt | 16 Okt | 17 Okt | 18 Okt | 19 Okt | 20 Okt | 21 Okt | 22 Okt | 23 Okt | 24 Okt I 25 Ok | 26 Okt | 27 Okt | 28 Okt | 29 Okt | 30 Okt | 1 Nov  | 2 Nov

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].

Untuk senarai lokasi yang terjejas dalam 14 hari lalu, sila lawati laman khas Kini News Lab.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya

Lima anggota polis tambahan yang ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri positif Covid-19. Mereka adalah sebahagian daripada kluster Seridana.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka diuji tiga hari sebelum persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada 2 Nov.


PEJABAT

  • MiCare Sdn Bhd, Bukit Jelutong, Selangor

Beberapa kes dikesan di syarikat ini dan MiCare mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Syarikat itu enggan mendedahkan jumlah kes tersebut tetapi mengatakan ia adalah sebahagian daripada kluster Astaka.

Kluster Astaka mempunyai 44 kes setakat ini .

  • Menara Northam, Georgetown, Pulau Pinang

Seorang pekerja di menara ini disahkan positif, menurut laporan The Star yang memetik pekeliling yang diedarkan pada 3 November dari pihak pengurusan menara berkenaan.

Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan.


PUSAT PERUBATAN

  • Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Seorang pesakit dan lapan petugas barisan hadapan disahkan positif Covid-19, kata hospital swasta itu dalam notis yang dikeluarkan.

Pesakit berkenaan telah dipindahkan ke hospital kerajaan.

Kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan sedang dijalankan sementara semua kakitangan akan menjalani ujian Covid-19. Semua pesakit ditawarkan menjalani ujian RT-PCR Covid-19. 

Hospital berkenaan tetap dibuka bagi perkhidmatan klinikal seperti biasa.


KEDIAMAN 

  • Pangsapuri Sri Raya, Kajang, Selangor

Tiga penduduk diuji positif pada 2 November, kata pihak pengurusan pangsapuri berkenaan dalam notis bertarikh hari ini.

Dua individu positif tinggal di Tingkat 3A di Blok B manakala satu kes lagi tinggal di Tingkat 8 di Blok A.

Ketiga-tiganya telah dibawa ke hospital manakala penghuni yang lain telah disaring dan menjalani kuarantin selama 14 hari. Kerja-kerja pembersihansedang dijalankan.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming kepada Malaysiakini.

  • Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pemilik perniagaan memberitahu New Straits Times bahawa pekerja asing yang tinggal di kawasan ini merupakan sebahagian daripada kluster Bayan, yang merekodkan sebanyak 62 kes sehingga semalam.

Hampir 200 pekerja yang tinggal di kawasan itu dikuarantin dan diberi gelang tangan berwarna merah jambu untuk menunjukkan mereka merupakan kontak rapat dengan kes positif.


PERNIAGAAN

  • Maybank, Sea Park, Petaling Jaya, Selangor

Dalam surat pekeliling semalam, Maybank cawangan Sea Park mengesahkan bahawa seorang pekerja mereka mempunyai kontak rapat dengan Individu Dalam Siasatan (PUI) untuk Covid-19.

Cawangan tersebut segera ditutup untuk pembersihan mulai 2 November sehingga diberitahu kelak.

Surat pekeliling tersebut meminta pelanggan menggunakan perbankan dalam talian atau mengunjungi cawangan berdekatan di SS2 dan Jalan 222.


KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI

  • Kelab Golf Diraja Selangor, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Kes positif ketujuh dilaporkan di sini yang terdiri daripada enam ahli kelab dan seorang kakitangan.

Kelab itu mengatakan bahawa kes terbaru diuji positif semalam dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Ahli itu bermain golf pada 25 Oktober dan mengalami demam ringan pada 31 Oktober," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kelab ini telah melakukan sanitasi pada 2 dan 3 November dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

[Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa]


Lihat Komen
ADS