Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 11.50pm | Lokasi kes jangkitan Covid-19 hari ini (3 Jan)

Senarai lokasi lalu: 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PETEMPATAN

  • One Menerung, Bangsar, Kuala Lumpur

Seorang pengawal peribadi dan pemandu kepada penduduk di Blok B disahkan positif pada 2 Jan, menurut notis pengurusan.

Penduduk itu telah mengaturkan untuk semua ahli keluarga membuat ujian Covid-19, katanya.

Pengurusan sedang mengaturkan kerja pembersihan di kawasan yang mungkin terkesan.

Semua kemudahan awam dan bilik pemandu ditutup untuk suatu tempoh, katanya lagi.

  • Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selangor

Dua penduduk Blok B disahkan positif pada 31 Dis dan dibawa ke hospital pada 2 Jan.

Pengurusan sedang mengaturkan kerja pembersihan di aras terlibat dan semua kawasan awam.

  • Pangsapuri Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 2 Jan bahawa seorang penduduk dari Blok B diuji positif Covid-19.

Tingkat dan kawasan awam yang terjejas telah dibersihkan.

Kondominium Casa Green, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 2 Jan bahawa seorang penduduk dari Blok A diuji positif Covid-19.

Kerja pembersihan kuman akan dilakukan di semua kawasan awam.

  • Sungai Salleh, Serdang, Kedah

Pejabat kesihatan daerah Bandar Baharu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa terdapat kes Covid-19 yang disahkan di daerah berkenaan.

  • Jalan Merbau, Serdang, Kedah

Pejabat kesihatan daerah Bandar Baharu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa terdapat kes Covid-19 yang disahkan di daerah berkenaan.

  • Pangsapuri The Mines Heritage, Seri Kembangan, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 31 Disember bahawa seorang penduduk dari Blok A diuji positif Covid-19.

Oleh yang demikian, pejabat pengurusan akan ditutup sehingga 7 Jan.

Semua kawasan umum akan dibasmi kuman.


RUMAH IBADAT

  • Gereja Kampung Lingkubang, Kota Belud, Sabah

Pejabat kesihatan daerah Kota Belud mengeluarkan notis untuk menggesa individu yang hadir di gereja itu pada 25 Disember untuk tampil ke dewan Kampung Lingkubang, dekat sekolah SK Kebayau, pada 3 Januari dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.


PEJABAT KERAJAAN

  • Bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya

Pejabat BHEUU di Presint 3, Putrajaya akan ditutup pada Isnin dan Selasa untuk kerja nyahkuman.

Antara bahagian turut terjejas ialah Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).

Walaupun tiada maklumat terperinci, pembantu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan memaklumkan terdapat satu kes positif di sana.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Gim Ministry of Burn, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Dalam notis kepada ahli, pengurusan berkata salah seorang "ahli utama pasukan" disahkan positif pada 3 Jan.

Individu itu terdedah dengan virus dengan seorang yang telah dijangkiti pada 30 Dis, dan tidak ke gimnasium sejak itu.

Bagaimanapun gimnasium akan tetap ditutup bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga, katanya.

  • Gim Hustle Lifestyle, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengatakan bahawa tetamu dari prapelancaran mereka diuji positif Covid-19.

Oleh yang demikian, gim akan ditutup buat sementara waktu mulai 2 Jan untuk kerja pembersihan kuman.

Tetamu itu dikatakan telah menghadiri kelas pada 28 Disember jam 7 malam dan kelas yang lain pada 31 Disember jam 12 malam.

  • Beberapa gim Flyproject di Kuala Lumpur

Lapan lagi pekerja Flyproject diuji positif Covid-19. Sebelum ini dilaporkan pada 1 Januari bahawa dua ahli gim dan seorang pekerja juga positif.

Semua studio Flyproject akan ditutup sehingga 11 Januari untuk kerja pembersihan kuman.

  • Farmasi Watson's, Brinchang, Tanah Tinggi Cameron

Farmasi ini telah diperintahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk tutup sementara dari 2 Jan hingga 4 Jan bagi memberi laluan kepada kerja pembasmian kuman.

  • Mr DIY Cameron Square, Brinchang, Tanah Tinggi Cameron

Cawangan Mr DIY ini telah diperintahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk tutup sementara dari 2 Jan hingga 4 Jan untuk memberi laluan kerja pembasmian kuman.

  • Restoran Makanan Laut Sister, Kampung Raja, Tanah Tinggi Cameron

Restoran ini telah diperintahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk tutup sementara dari 2 Jan hingga 4 Jan untuk memberi laluan kerja pembasmian kuman.

  • Jaya One, Petaling Jaya, Selangor

Pihak pengurusan mengatakan dalam notis bertarikh 31 Disember bahawa seorang pekerja dari Blok A-17/19, Tingkat Dua diuji positif Covid-19.

Pekerja itu terakhir bekerja pada 31 Disember. Semua pekerja lain dari pejabat yang sama telah menjalani pemeriksaan.

Unit pejabat telah ditutup. Pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan di semua kawasan awam.

  • Jaya Grocer, KL East Mall, Kuala Lumpur

Pengurusan Jaya Grocer mengatakan bahawa mereka mendapati seorang pengawal keselamatan dari cawangan mereka di KL East Mall diuji positif Covid-19 pada 2 Januari, setelah melakukan ujian rutin.

Pengawal keselamatan yang diupah dari luar itu tidak mengunjungi cawangan mereka sejak 31 Disember dan tidak berkongsi asrama dengan kakitangan Jaya Grocer yang lain.

Cawangan di KL East Mall akan ditutup pada 3 Januari sehingga diberitahu lebih lanjut untuk pembersihan.

Village Grocer, Sunsuria Forum, Setia Alam

Pengurusan Village Grocer mengatakan bahawa salah seorang kakitangan mereka di cawangan Forum Sunsuria telah diuji positif Covid-19 pada 2 Januari.

Kerja pembasmian kuman dilakukan pada 2 Januari sementara semua kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian calitan.


KEMUDAHAN SUKAN

  • Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Persatuan Badminton Malaysia mengesahkan bahawa pengarah jurulatihnya Wong Choong Hann diuji positif Covid-19.

Sejak itu ABM telah menjalankan proses pembersihan pada 3 Januari.


PASAR

  • Pasar Karak, Bentong, Pahang

Adun Sabai Kamache Doray Rajoo, yang disahkan positif pada 2 Jan, mengagihkan kalendar di pasar ini pada 28 Dis.

Gambar yang dikongsikan di laman Facebooknya menunjukkan adun DAP itu memakai pelitup muka ketika itu.

China Press melaporkan yang Kamache dan pasukannya telah melakukan kerja pembersihan di kawasannya sejak dua minggu lalu, tetapi tidak diketahui bagaimana dia boleh dijangkiti.

Menurut laporan itu, dia didapati positif menerusi ujian Rapid Test Kit (RTK) semalam dan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR) yang lebih tepat, hari ini.

Kamache dan anak lelakinya dilaporkan mengalami demam, sakit badan dan hilang selera makan semalam.

Kedua-duanya dikuarantin di Hospital Bentong sementara menunggu keputusan ujian PCR.



Lihat Komen
ADS