Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 10.48PM | Lokasi jangkitan Covid-19 hari ini (10 Jan)

Senarai lokasi lalu: 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed menghadiri perjumpaan dengan kakitangan Unit Perancang Ekonomi (UPU) di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Januari.

Berdasarkan catatan Facebooknya, pertemuan itu diadakan di dewan dan semua individu memakai pelitup muka serta melakukan penjarakan fizikal.

Insiden itu dua hari sebelum Mustapa mengumumkan dia disahkan positif Covid-19.

Satu hari, hari ini, warga EPU adakan perbincangan mengenai sasaran kerja tahun 2021.

Posted by Mustapa Mohamed on Thursday, 7 January 2021

 

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed membuat lawatan kerja di sini pada 3 Januari, menurut sebuah video yang disiarkan di Facebooknya.

Dalam video tersebut, kebanyakan orang, termasuk MP Jeli itu dilihat memakai pelitup muka.

Ini berlaku tujuh hari sebelum dia mengumumkan bahawa dia positif Covid-19.


  • Dewan Sri Kinabatangan, Kota Kinabalu, Sabah

Adun Bingkor Robert Tawik hadir ke satu acara di sini pada 5 Jan, empat hari sebelum dia disahkan positif.

Gambar di acara itu menunjukkan dia memakai pelitup muka tetapi ada juga bergambar tanpa memakainya, ketika bersama timbalan ketua menteri Sabah Bung Moktar Radin.

  • Pisomporuan Square, Tambunan, Sabah

Robert Tawik menyerahkan sijil pelantikan kepada ketua kampung dan penduduk di Tambunan pada 3 Jan, tiga hari sebelum dia disahkan positif.

Dia memakai pelitup muka ketika menyerahkan sijil tetapi tidak memakainya ketika berucap di podium.

  • Jabatan Kerja Raya Tambunan, Sabah

Robert Tawik merasmikan satu acara di sini pada 3 Jan, enam hari sebelum dia disahkan positif.

Dia memakai pelitup muka ketika menyerahkan sijil tetapi tidak berbuat demikian ketika berucap di podium.


PUSAT PERUBATAN

Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed dalam hantaran Facebooknya menyatakan dia telah mengunjungi Institut Jantung Negara (IJN) pada 4 Januari untuk melawat pesakit.

Ini enam hari sebelum dia mengumumkan bahawa dia positif Covid-19.


HAB PENGANGKUTAN

  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed telah mengunjungi lapangan terbang ini pada 9 Januari, berdasarkan catatan di Facebooknya.

Dalam hantaran tersebut, dia bergambar dengan beberapa pemandu teksi di luar lapangan terbang itu, namun kesemua mereka memakai pelitup muka.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum Mustapa mengumumkan dia dijangkiti Covid-19.


TAPAK PEMBINAAN

  • Tapak pembinaan jambatan Palekbang, Kota Bharu, Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan ini pada 3 Jan, berdasarkan video yang disiarkannya di Facebook.

Dalam video tersebut, dia kadang-kala dilihat tidak memakai pelitup muka semasa diberi penerangan mengenai projek tersebut.

Ini adalah tujuh hari sebelum Ahli Parlimen Jeli itu mengumumkan bahawa dia positif Covid-19.

  • Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed melakukan lawatan kerja ke pembangunan semula Kampung Laut pada 3 Januari, menurut sebuah video yang disiarkannya di Facebooknya. Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

Dalam video tersebut, dia juga ditunjukkan menghadiri taklimat mengenai pembangunan semula berkenaan, di mana dia tidak memakai pelitup muka.

Mustapa juga menghadiri sidang media bersama dengan Ahmad Yakob selepas itu, di mana mereka berdua tidak memakai pelitup muka.

Sidang media bersama MB Kelantan. Alhamdulillah, kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan memanfaatkan rakyat Kelantan.

Posted by Mustapa Mohamed on Sunday, 3 January 2021

 


PEJABAT

  • Astro Awani, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed mengunjungi Astro Awani pada 4 Januari bagi menghadiri sesi wawancara untuk program Agenda Awani, menurut catatan di Facebooknya.

Berdasarkan gambar yang disertakan dalam hantaran tersebut, Ahli Parlimen Jeli itu berdiri bersama dua kakitangan Astro Awani. Meskipun melakukan penjarakan fizikal, namun mereka tidak memakai pelitup muka.

Ini berlaku enam hari sebelum Mustapa mengumumkan bahawa dia positif Covid-19.

  • Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, Selangor

Seorang individu di Blok B disahkan positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pengurusan dalam notis pada Jumaat.

Katanya, kawasan awam telah disanitasi.

  • Ibu pejabat Bersatu, Kota Kinabalu, Sabah

Adun Tandek, Hendrus Agung hadir ke satu acara di sini pada 4 Jan, di mana dia menerima surat pelantikan sebagai timbalan setiausaha agung PBS daripada presiden parti itu, Maximus Ongkili.

Hendrus disahkan positif lima hari kemudian.

Dalam gambar yang dimuat naik Hendrus di Facebook, mereka berdua dilihat memakai pelitup muka ketika acara itu tetapi ada hadirin ya g tidak memakainya. Makanan dan minuman juga disediakan ketika itu.


PERNIAGAAN

  • San Francisco Coffee, Symphony Square, Petaling Jaya, Selangor

Seorang pekerja di premis ini disahkan positif hari ini, kata pihak pengurusan.

Kedai ini ditutup untuk kerja-kerja nyahkuman, manakala pengesanan kontak sedang dilakukan.

Kakitangan yang mempunyai hubungan dengan pekerja tersebut akan menjalani kuarantin.


  • Michelangelo's, Pavilion Mall, Kuala Lumpur

Seorang kakitangan di bahagian dapur diuji positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pihak pengurusan.

Restoran berkenaan telah melakukan kerja pembasmian kuman pada hari yang sama. Semua makanan dan bungkusan yang terdedah dibuang manakala kakitangan di cawangan berkenaan diarah menjalani kuarantin di rumah.

Cawangan ini tetap dibuka dengan kakitangan dari cawangan lain mengambil alih operasi sehingga semua kakitangan cawangan Pavilion menyelesaikan tempoh kuarantin mereka.


  • Oxygen Cycle, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Pusat kesihatan ini memaklumkan dua pelanggannya yang ke premis pada pukul 7.15 pagi, 30 Dis lalu disahkan positif.

Semua pekerja dan pelanggan yang menjadi kontak mereka telah diberitahu dan menjalani ujian saringan. Setakat ni semua keputusan negatif.

Kerja nyahkuman dan sanitasi telah dilakukan.

  • Restoran Nasi Lemak Hajah Ba'ah No 1, Taman Sri Gombak, Selangor

Pengurusan memaklumkan pemilik restoran disahkan positif pada 7 Jan.

Justeru, ia menggesa agar pelanggan yang ke restoran itu antara 25 Dis ningga 4 Jan untuk mengambil langkah sewajarnya.

Restoran akan ditutup sementara untuk kerja sanitasi.

  • Restoran Maxim Dim Sum, Gelugor, Pulau Pinang

Pengurusan memaklumkan seorang pekerja disahkan positif pada 6 Jan.

Kontak rapat digesa menjalani ujian saringan dan kuarantin.

Restoran di Pekaka Square itu akan ditutup bermula 10 Jan untuk kerja sanitasi.

  • Feeka Coffee Roasters, Jalan Mesui, Kuala Lumpur

Pengurusan memaklumkan seorang pekerjanya disahkan positif pada 9 Jan.

Kali terakhir dia masuk kerja adalah pada 7 Jan dan pulang pada pukul 10.23 pagi kerana berasa tidak sihat.

Kafe akan ditutup sementara untuk kerja sanitasi. Semua pekerja telah diminta menjalani ujian dan kuarantin.

  • Pasaraya Hero, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Dua pekerja disahkan positif pada 7 Jan.

Kali terakhir mereka di premis pada 5 Jan, kata pengurusan.

Premis itu akan disanitasi, semua kakitangan akan menjalani ujian saringan dan kuarantin manakala satu pasukan kakitangan lain akan menggantikan operasi pasar raya.


KEDIAMAN

  • Nova Saujana, Shah Alam, Selangor

Pasangan yang tinggal di Blok A diuji positif pada 6 Januari, kata pihak pengurusan.

Mereka dijangkiti setelah melawat rakan pada 1 Januari, katanya.

Kawasan yang terjejas telah dibersihkan.

  • The Fennel, Sentul East, Kuala Lumpur

Seorang penduduk positif Covid-19 dan dibawa dengan ambulans ke hospital semalam, kata pihak pengurusan.

Fasiliti di situ ditutup, manakala semua urusan dengan pihak pengurusan di pejabat hanya akan dibuat melalui janji temu sahaja.

  • Residensi Pandanmas 2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 10 Jan bahawa seorang penduduk dari Blok D, Tingkat 32 positif Covid-19.

  • Canal Gardens, Kota Kemuning, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa seorang pekerja pembersihan positif Covid-19.

Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi telah dilakukan di semua kawasan yang terlibat.

  • PV15, Platinum Lake Condominium, Danau Kota, Kuala Lumpur

Seorang penghuni tingkat 16 disahkan positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh 6 Jan.

Syarikat pembersihan profesional telah dilantik untuk melakukan kerja pembasmian kuman di kawasan yang berkaitan, kata pihak pengurusan.

  • Kondominium Sterling, Petaling Jaya, Selangor

Pihak pengurusan dalam notis bertarikh 7 Jan memaklumkan seorang penduduk disahkan positif Covid-19.

Kerja-kerja nyahkuman telah dilakukan di semua kawasan yang terjejas.

  • Residensi Lagenda, Taman Seri Segambut, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok A disahkan positif semalam, kata pengurusan.

Individu itu dan keluarganya kini menjalani kuarantin di rumah dan semua kawasan dan kemudahan awam telah disanitasi, katanya.

  • Kondominium Hijau Ria, Kepong Indah, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok 3 disahkan positif, kata pengurusan.

Individu itu dan keluarganya kini menjalani kuarantin di rumah dan semua blok akan disanitasi, katanya.

  • Kondominium Aseana Puteri, Puchong, Selangor

Seorang penduduk di Blok C disahkan positif, kata pengurusan pada Khamis lalu.

Sanitasi telah dibuat dan semua kemudahan ditutup buat sementara

Sejumlah kawasan kediaman di Kedah

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah berkata kes Covid-19 dilaporkan di kawasan berikut semalam:

  •  Sejumlah kawasan kediaman di Kulai, Johor

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, kes Covid-19 dilaporkan di beberapa kawasan semalam.

Kawasan berikuat ialah Jalan Ceria, Jalan Enggang, Taman Scientex and Jalan Persiaran Selasih di Senai dan Taman Sri Pulai, Taman Putri and Taman Tekonologi di Kulai.

Masing-masing mencatatkan satu kes, kecuali Jalan Enggang (dua kes) dan Taman Teknologi (empat kes).

Taman Seri Keningau, Keningau, Sabah

Adun Bingkor, Rober Tawik berkunjung ke kawasan perumahan ini susulan aduan banjir kilat pada 2 Jan, seminggu sebelum dia disahkan positif.


KAWASAN PERINDUSTRIAN DAN KILANG

  • Kawasan Perindustrian Senai, Johor

Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, 117 kes dikesan di Jalan Perindustrian 1 dan satu kes di Kawasan Perindustrian Senai fasa 2 semalam.


LAIN-LAIN

  • Pangkalan Bekalan Tok Bali, Bachok, Kelantan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed membuat lawatan kerja ke pangkalan ini pada 3 Januari, menurut sebuah video yang disiarkannya di Facebooknya.

Dalam video tersebut, kebanyakan orang memakai pelitup muka termasuk anggota parlimen Jeli itu. Sebilangan yang lain tidak memakai pelitup muka.

Ini tujuh hari sebelum Mustapa mengumumkan bahawa dia disahkan positif Covid-19.

[Senarai ini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS