Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes jangkitan Covid-19 hari ini (7 Jan)
Diterbitkan:  Jan 7, 2021 8:11 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Senarai lokasi lalu: 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PEJABAT

  • Ibu Pejabat Malaysiakini, Petaling Jaya, Selangor

Seorang kakitangan Malaysiakini telah diuji positif Covid-19.

Susulan itu, Malaysiakini telah mengarahkan pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat untuk melakukan saringan dan kuarantin selama 14 hari.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak sekunder juga diberitahu untuk kuarantin sendiri dan diuji selepas dua minggu.

Ini akan mempengaruhi sebahagian besar staf pasukan langganan dan beberapa kakitangan pentadbiran. 

Sebilangan besar anggota editorial Malaysiakini memang bekerja dari rumah.

Pejabat Malaysiakini ditutup buat sementara waktu untuk pembersihan.

Mereka yang ingin membuat pertanyaan berhubung langganan boleh menghubungi talian 017-3230707.

  • Malaysian Institute of Certified Public Accounts (Micpa), Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Institut Akaun Awam Bertauliah Malaysia (Micpa), Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Seorang pekerja diuji positif Covid-19, kata Micpa dalam notis pada 5 Januari.

Pejabat itu ditutup sehingga 12 Januari untuk kerja pembersihan dan kakitangan lain akan terus bekerja dari rumah sepanjang tempoh ini, katanya.


KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Mahkota Medical Centre, Jalan Merdeka, Melaka

Seorang pekerja didapati positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Besar Melaka, menurut makluman Mahkota Medical Centre semalam.

Staf itu dijangkiti virus melalui kontak di dalam komuniti, katanya.

Mereka yang ada kontak rapat dengan pekerja itu telah dimaklumkan untuk menjalani ujian dan kuarantin.

Semua kakitangan perubatan yang berhubung dengan pekerja memakai alat pelindung diri (PPE) dan mengamalkan kebersihan tangan dan jarak sosial di hospital, katanya.

Hospital terus beroperasi seperti biasa.


PERNIAGAAN

  • Butik Coach, The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di premis ini diuji positif Covid-19 pada 2 Jan, menurut notis yang dikeluarkan oleh syarikat pakaian tersebut.

Katanya, pekerja itu memilih untuk diuji setelah mengetahui beberapa kes positif dikesan di kawasan kediamannya.

Berikutan itu, Coach mengatur pembasmian kuman di kedai, dan pasukan baru untuk mengendalikan operasinya.

Kakitangan lain di kedai yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja tersebut juga mengambil ujian Covid-19, setakat ini semuanya negatif.

  • Bar B Restaurant, Petaling Jaya, Selangor

Seorang kakitangan Malaysiakini yang positif Covid-19 makan malam di restoran itu bersama beberapa staf jabatan langganan dari jam 6 petang ke 11 malam.

Restoran itu telah dimaklumkan mengenai hal itu.

  • Village Grocer 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur

Pengurusan pasar raya ini semalam memaklumkan salah seorang kakitangannya positif Covid-19.

Katanya, kali terakhir pekerja itu dilaporkan bekerja pada 4 Januari dan semua kakitangan lain yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah.

Premis itu telah melakukan pembersihan.

  • Johor Bahru City Square, Johor Bahru, Johor

Pengurusan pusat beli-belah ini menyiarkan notis di Facebook semalam, mengatakan kes Covid-19 telah dikesan di premis tersebut.

Katanya, kes itu melibatkan seorang pekerja kedai francais minuman teh Gong Cha yang terletak di Tingkat 3 pusat beli-belah itu, yang didapati positif pada hari Selasa.

Kedai itu ditutup sehingga diberitahu kelak.

  • Lulu Hypermarket, Off Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur

Pasar raya besar ini ditutup sehingga diberitahu kelak mulai hari ini kerana Covid-19.

Menurut notis penutupan yang dipasang di premisnya, perintah itu dikeluarkan oleh pejabat kesihatan daerah Lembah Pantai awal hari ini.

Ketika dihubungi, pengurusan berkata pihaknya masih belum mendapat arahan untuk membuka semula pasar raya besar itu.

  • Restoran Cozy House, Wisma Golden Eagle Realty, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan restoran menyiarkan notis di premisnya memaklumkan penutupan sementara sehingga pemberitahuan selanjutnya bermula 6 Jan.

Ini setelah seorang pekerja restoran diuji positif untuk Covid-19 sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya pekerja tersebut sudah tidak datang bekerja sejak 25 Disember 2020.

  • 33 Blue Room, Petaling Jaya, Selangor

Restoran ini yang terletak di Zon Perindustrian PJCT memberitahu pelanggan pada hantaran di Facebook mengenai penutupan sementara premis selepas seorang pekerja diuji positif Covid-19 hari ini.

Pengurusan berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berwajib dalam pengesanan kontak rapat, kuarantin kontak rapat dan sanitasi.


KEDIAMAN

  • Urbana Residences, Petaling Jaya, Selangor

Lima penduduk disahkan positif Covid-19 antara 1 dan 5 Januari.

Dalam notis pada hari Selasa, pihak pengurusan berkata dua kes pertama dikesan di Blok B dan Blok C pada 1 dan 3 Januari. Tiga penghuni di Blok A didapati positif dua hari kemudian.

Pihak pengurusan telah melakukan pembasmian kuman di semua kawasan umum.

  • United Point Residences, Taman Segambut Aman, Kuala Lumpur

Seorang penduduk diuji positif Covid-19, kata notis yang dikeluarkan pengurusan kondominium semalam.

Berikutan itu, pengurusan telah melakukan pembasmian kuman di semua kawasan umum termasuk lif dan lobi lif.

  • Pelbagai mukim di Kedah

Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan kenyataan menyenaraikan lokasi di negeri ini yang mencatatkan kes positif baru setakat tengah hari semalam (6 Jan).

Senarai itu mempunyai lapan bahagian mengikut daerah.

Lokasi yang terjejas adalah seperti berikut:

Daerah Kota Setar: Kampung Berjaya (satu kes), Taman Mas Merah (dua kes)

Daerah Kulim: Kampung Keda Bagan Sena (dua kes)

Daerah Kuala Muda: Taman Bunga Raya (dua kes), Taman Keladi (tiga kes), Taman Bandar Baru (satu kes), Taman Mesra Indah (satu kes), Kampung Telur Wang (satu kes), Kampung Simpor Besar (tiga kes), Kampung Baru Sungai Pasir (dua kes), Lagenda Heights (satu kes)

Daerah Baling: Taman Desa Anggerik (satu kes), Kampung Lanai (empat kes)

Daerah Kubang Pasu: Taman Muhibah (satu kes)

Daerah Padang Terap: Kampung Baru Naka (satu kes)

Yan: Kampung Sungai Lintang (satu kes)

Bandar Baharu: Taman Kenanga (satu kes)

  • Riana Green Condominium

Pengurusan kondominium ini mengeluarkan notis kepada penduduk hari ini, mengatakan tiga kes positif Covid-19 telah dikesan di bangunan kediaman tersebut setakat ini.

Katanya, terdapat satu kes yang dilaporkan masing-masing bagi Blok E, Blok F dan Blok H.

Pihak pengurusan juga menasihati orang-orang yang dekat dengan kes-kes tersebut untuk melakukan kuarantin kendiri sehingga mereka mendapat arahan lebih lanjut daripada Kementerian Kesihatan.

  • Sri Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur

Pengurusan Sri Bukit Persekutuan, sebuah kawasan kejiranan di pusat bandar, mengeluarkan notis kepada penduduk hari ini memberitahu seorang penduduk diuji positif Covid-19.

Katanya, kes itu dilaporkan semalam di kawasan rumah separa berkembar/ rumah bandar di Sri Bukit Persekutuan.

Penduduk diminta mengehadkan jumlah pelawat mereka.

  • The Holmes, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di kondominium ini yang terletak di Jalan Bakti didapati positif Covid-19, kata notis bertarikh 5 Jan yang dikeluarkan pihak pengurusannya.

Pihak pengurusan telah mengatur pembasmian kuman dan pembersihan kawasan umum yang terjejas.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS