Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kemas kini 4.30pm | Senarai lokasi terjejas Covid-19 (8 Jan)

Senarai lokasi lalu: | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • Oxygen Fitness, Gurney Paragon, Pulau Pinang

Pihak pengurusan mengatakan seorang tenaga pengajar sambilan positif untuk Covid-19.

Tenaga pengajar itu mengadakan kelas pada 4 Januari dari jam 6 petang hingga 6.45 petang. Semua kontak rapat telah dikenal pasti.

Pusat kecergasan itu akan ditutup dari 9 Januari hingga pemberitahuan lebih lanjut untuk memberi laluan kepada kerja pembersihan.

  • Beberapa lokasi Tesco Malaysia

Tesco Malaysia mengatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa mereka telah mengesan kes Covid-19 di beberapa cawangan mereka.

Ia mengatakan bahawa kes tersebut melibatkan kakitangan yang bukan berurusan secara bersemuka dengan pelanggan dari Tesco Cheras, kontraktor pihak ketiga di Tesco Extra Selayang dan penyewa pusat beli-belah di Tesco Setia Alam.

Ketiga-tiga lokasi telah dibersihkan pada 7 Januari dan kedai-kedai kembali beroperasi seperti biasa pada keesokan harinya.

  • Ben's Independent Grocer (BIG), Publika Mall, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa seorang pekerja dari bahagian minuman keras dari cwangan di Publika diuji positif Covid-19 pada 7 Januari.

Pekerja lain yang dikesan sebagai kontak rapat akan menjalani ujian calitan dan kuarantin rumah.

Pembersihan telah dilakukan pada 7 Januari.

  • Village Grocer, 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur

Seorang lagi pekerja dari premis ini didapati positif Covid-19.

Pekerja itu kali terakhir dilaporkan bekerja pada 2 Jan 2021. Semua kakitangan lain yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian calitan dan kuarantin rumah.

Premis ini telah menjalani pembersihan.

  • Cafe Yamatatsu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Pengurusan kafe mengatakan pada 7 Januari bahawa seorang pekerja diuji positif Covid-19, setelah semua kakitangan mereka menjalani ujian calitan sehari sebelumnya.

Oleh itu, kafe ini akan ditutup selama dua minggu dari 6 Januari hingga 21 Januari untuk kerja pembersihan.

  • Resorts World Genting, Genting Highlands, Pahang

Dalam satu kenyataan, resort ini memaklumkan bahawa beberapa pekerja di kantin kakitangannya diuji positif Covid-19 semasa pemeriksaan rutin, dan telah segera diasingkan. Anggota kakitangan yang makan di kantin ini juga telah diasingkan.

Kantin dan kawasan umum yang terjejas telah dibersihkan dan pengesanan kontak rapak sedang dilakukan.

Resor itu berkata kantin tidak dibuka untuk orang ramai, tetapi resort itu sendiri akan terus beroperasi.

  • DailyMuscle, Glomac Damansara, Kuala Lumpur

Pusat kecergasan ini mengumumkan kepada ahli bahawa seorang ahli yang mengikuti kelas 6.30 pagi pada hari Isnin diuji positif Covid-19.

Pihak pengurusan memaklumkan bahawa kes itu mungkin merupakan kes terpencil, dan kemungkinan mendapat jangkitan di luar premis mereka, namun ia telah menghubungi semua ahli lain di kelas yang sama untuk menasihati mereka menjalani ujian.

Premis itu ditutup sementara untuk pembasmian kuman dan untuk menguji semua kakitangannya.

  • Jaya One, Petaling Jaya, Selangor

Pengurusan bangunan Jaya One mengumumkan semalam bahawa seorang pekerja di sebuah pejabat di Blok D-61/63, Tingkat 3, telah terbukti positif sehari sebelumnya. Pejabat itu telah ditutup sementara semua kakitangan lain menjalani ujian.

Jaya One mengatakan bahawa pihaknya telah melakukan pengesanan kontak rapat dan membersihkan semua kawasan umum di Blok D.

  • Pasar raya Tong Hin, Kota Kinabalu, Sabah

Borneo Post melaporkan malam tadi bahawa pasar raya ini telah menutup cawangan di Gaya Street untuk pembersihan setelah pekerja didapati positif Covid-19.

Pasar Raya Tong Hin juga dilaporkan memberikan jaminan bahawa siasatan menunjukkan bahawa virus itu tidak menular di cawangan tersebut.

  • Happy Place Restaurant & Bar, Kota Kinabalu, Sabah

Kedai makan ini mengumumkan di Facebook bahawa salah seorang pelanggan diuji positif Covid-19 pada 31 Disember, dan juga pekerja yang bertugas di acara swasta pada hari yang sama.

Premis telah dibersihkan tetapi akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

  • Din Tai Fung, The Gardens Mid Valley, Kuala Lumpur

Restoran itu mengumumkan semalam bahawa seorang kakitangan diuji positif Covid-19.

Kakitangan itu telah dikuarantin sementara premis mereka telah dibersihkan. Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.

  • Mei by Fat Spoon, Petaling Jaya, Selangor

Kedai makan ini semalam mengumumkan bahawa dua pelanggannya yang makan di cawangan The Hub SS2 telah menunjukkan positif Covid-19.

Salah seorang pelanggan itu mengunjungi premis mereka pada 1 Januari, antara 8 hingga 9 malam dan yang seorang lagi pada 5 Januari, antara 12 tengah hari hingga 1 petang.

Kedua-duanya menghubungi kedai makan semalam mengenai hasil ujian Covid-19 mereka. Pihak pengurusan telah mengaturk kerja untuk membersihkan premis dan mengarahkan semua kakitangan menjalani kuarantin.


KEDIAMAN

  • BSP21 Serviced Residence, Bandar Saujana Putra, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa terdapat kes Covid-19 yang dikenal pasti di BLock F Level 10.

Ini adalah kes positif ketujuh di pangsapuri berkenaan.

Pembasmian kuman akan dilakukan malam ini sekitar tengah malam.

  • Residensi Vyne, Taman Sungai Besi, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa dua penduduk dari kawasan sama di Blok A, Tingkat 13A diuji positif Covid-19. Penduduk kini dalam kuarantin rumah dan menunggu nasihat Kementerian Kesihatan.

Kawasan yang terjejas dan kawasan umum telah dibersihkan.

  • Kondominium 9 Bukit Utama, Bandar Utama, Selangor

Seorang penduduk dari Blok A didapati positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh pada hari yang sama.

Pembersihan telah dilakukan di semua kawasan yang terjejas dan kawasan umum.

  • Le Yuan Residence, Taman Gembira, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa satu kes Covid-19 telah dikesan di Blok A. Pesakit dibawa ke hospital pada hari yang sama.

Sebagai langkah berjaga-jaga, lif yang dianggap berisiko tinggi akan ditutup sementara kawasan umum yang lain akan diadakan pembersihan tambahan.

  • Temasya 8 Residence, Shah Alam, Selangor

Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa satu kes positif Covid-19 telah dikesan di Temasya 8 Residence.

Pembersihan telah dilakukan di semua kawasan yang terjejas dan kawasan umum.

  • Isle of Kamares, Setia Marina, Cyberjaya, Selangor

Pihak pengurusan mengumumkan semalam bahawa seorang penduduk di Blok K20 diuji positif Covid-19 dan tindakan segera telah diambil, termasuk pembasmian kuman.

Selain itu, gimnasiumnya, kolam renang, gelanggang badminton, rumah kelab, bilik kanak-kanak, taman permainan, tandas rumah kelab, dan kemudahan kawasan umum yang lain akan ditutup selama 14 hari.

  • Hijauan Saujana Service Apartments, Shah Alam, Selangor

Pihak pengurusan mengatakan pada 6 Januari bahawa seorang penduduk di Blok A, Tingkat 12, telah menunjukkan positif Covid-19 dan dua yang lain di unit yang sama telah menjalani ujian dan mengasingkan diri di sebuah hotel.

Ia mengatakan bahawa pesakit sedang menunggu untuk dijemput oleh pihak kesihatan untuk ujian dan rawatan lebih lanjut.

  • Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu, Kedah

Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengatakan kes Covid-19 telah dikesan di kawasan perumahan.

  • Pelbagai kawasan, Kulai, Johor

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai berkata, kes Covid-19 telah dikesan di kawasan berikut semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 166 kes.

Mukim Senai: Jalan Nuri (1 kes); Kampung Baru Sengkang (1); Taman Handal (2); Pekan Senai (1); Taman Mas (1); Jalan Merak, Bandarputra (2); Taman Makmur (1); Taman Perindustrian Murni (57); Jalan Perindustrian 1 (87).

Mukim Kulai: Taman Pancasila (1 kasus); Jalan Matahari (1); Taman Muhibbah (1); Taman Putri (2); Taman Lagenda Putra (1); Jalan Rambutan (1); Taman Saleng Gaya (2); Jalan Teratai, Indahpura (1).

Mukim Bukit Batu: Felda Bukit Batu (2 kes).

Mukim Sedenak: Kampung Melayu (1 kes).


PEJABAT

  • Pejabat Sinar Harian, Shah Alam, Selangor

Sebilangan staf editorial dari akhbar harian berbahasa Melayu positif untuk Covid-19, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.

  • Bursa Malaysia Berhad, Bukit Kewangan, Kuala Lumpur

Bursa Malaysia mengesahkan bahawa dua kakitangannya telah didapati positif Covid-19.

Kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat itu akan menjalani ujian saringan dan bekerja dari rumah sehingga keputusannya didapati adalah negatif. Kakitangan yang mempunyai hubungan tidak langsung juga akan bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.

Pembersihan dan proses nyah-kuman sedang dilakukan.

Bursa Malaysia memberi jaminan bahawa bursa saham itu akan beroperasi seperti biasa.

  • Klinik Drs Young Newton, Menara Multi Purpose, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan bangunan Menara Multi Purpose mengatakan dalam pemberitahuan kepada penyewa bahawa seorang pesakit positif Covid-19 yang disyaki telah mengunjungi Klinik Drs Young Newton baru-baru ini untuk pemeriksaan biasa.

Pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh sebagai langkah berjaga-jaga dan pada 7 Jan, pesakit disahkan menghidap Covid-19.

Pihak pengurusan mengatakan bahawa mereka telah melakukan sanitasi di semua kawasan yang terjejas dan kawasan umum dan klinik juga telah menjalankan kerja pembersihan di premis mereka.

Kerja pembersihan seterusnya akan diadakan pada 8 Januari.

  • Setiawalk, Pusat Bandar Puchong, Selangor

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 6 Jan bahawa terdapat lima kes baru di Setiawalk, dengan satu kes masing-masing di Blok H, Blok E dan Blok C dan dua kes di Blok D.

Unit pejabat yang terlibat telah dinasihatkan untuk melakukan sanitasi sepenuhnya sementara pihak pengurusan akan terus membersihkan semua kawasan umum secara berkala.

  • Q Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan dalam notis bertarikh 7 Jan memaklumkan bahawa ada penghuni dari tingkat 16 telah didapati positif Covid-19.

Penghuni itu kali terakhir berada di bangunan berkenaan pada 5 Januari. Kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan yang terjejas.


INSTITUSI PENDIDIKAN

  • TOC Automotive College, Petaling Jaya, Selangor

Pengurusan kolej memaklumkan bahawa salah seorang pegawainya telah diuji positif Covid-19 pada 1 Januari.

Kakitangan itu terakhir berada di pejabat pada 24 Disember dan pihak pengurusan mengatakan kakitangan tersebut dijangkiti virus itu dalam pertemuan keluarga pada 25 Disember.

Oleh itu, tiada risiko bagi setiap kakitangan, pelajar dan pelawat ke TOC Automotive College, kata pihak pengurusan.

Kakitangan itu telah dimasukkan ke hospital dan hanya dibenarkan kembali bekerja setelah menjalani ujian negatif pada akhir tempoh 14 hari, dengan persetujuan pihak pengurusan.

[Senarai ini akan dikemas kini]

Lihat Komen
ADS